DAP cawangan isytihar keluar parti, tamparan hebat pada pimpinan pusat - pakdin.my

nadzeri-dap-cawangan-bubar

Tindakan DAP cabang Pantai Sepang Putra yang isytihar keluar parti memberikan satu tamparan hebat kepada parti itu.

Menurut Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ia jelas memperlihat yang pimpinan parti itu tidak langsung menjaga kebajikan di peringkat bawahan dan hanya memperjuangkan kepentingan

“Sudah pasti ia menjadi satu tamparan hebat buat DAP apabila mereka hilang satu cabang di kawasan tersebut, tapi saya tak terkejut langsung dengan perkara itu sebab dari awal lagi kita memang tahu yang DAP memang jenis kalau dia tak suka dia takkan jaga, pinggirkan atau buang terus.

“Mereka bukan budak kecil, sudah pasti di peringkat cabang boleh fikir kalau di peringkat atasan pun tak diiktirad macam mana nak uruskan di bahagian bawah?” soalnya ketika dihubungi BNBBC.my.

16 Januari lalu, DAP cawangan Pantai Sepang Putra mengisytiharkan kesemua ahlinya keluar parti.

Ini kerana menurut jurucakap Pengerusi cawangannya, N. Muthusamy keputusan tersebut dibuat berikutan ketidapuasan hati terhadap pimpinan parti yang sehingga kini jawatan mereka belum disahkan oleh Jabatan Pendaftar pertubuhan Negara (ROS).

Selain itu, DAP cawangan itu turut mendakwa yang parti itu mengamalkan politik perkauman kerana tidak mempedulikan berpuluh aduan cawangan tersebut walaupun telah dikemukakan terhadap pimpinan Pusat.

“Apa yang dikatakan mereka itu betul dan tak ada pun yang salahnya, sebab memang daripada dulu lagi DAP mengamalkan sentimen perkauman, mereka nak bangsa mereka dahulu yang ke depan baru bangsa-bangsa lain, siapa pun memang tak boleh terima.

“Sebab itu saya tak faham kenapa PAS pada dulunya dan sekarang ni Amanah buta dengan apa yang telah dibuat oleh DAP,” tegas beliau.

Mengulas lanjut, Nadzari yang merupakan ADUN Batang Kali berkata pihaknya mengalu-alukan bekas ahli DAP itu untuk menyertai UMNO.

Ini kerana UMNO adalah sebuah parti memperjuangkan nasib semua bangsa secara sama rata dan ia perlu difahami dengan jelas sekiranya benar-benar ingin menyertai parti itu.

“Walaupun mereka dah menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP) tapi kita sambut dengan tangan terbuka sekiranya mereka ingin bekerjasama dengan kita, bekerja dan bersatu demi masa depan rakyat dan kita semua.

“Sertai PAP itu lebih baik kalau nak banding dengan DAP,” ujarnya.

UTAMAPOLITIKDAP cawangan isytihar keluar parti, tamparan hebat pada pimpinan pusat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium