Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm

Global

All countries
230,767,137
Confirmed
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
All countries
205,708,370
Recovered
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm
All countries
4,730,378
Deaths
Updated on September 22, 2021 22:01 10:01 pm

DAP Cuba Rasuah ROS Untuk Batalkan Parti?

dap-cec-kit-siang-manipulasi

Pemilihan CEC DAP berlangsung dengan penuh manipulasi telah mendedahkan betapa buruk dan jahatnya pemimpin-pemimpin DAP itu. 

 

Biarpun manipulasi DAP telah terdedah tetapi DAP tidak mahu mengaku salah dan cuba menipu dengan berbagai cara bagi melepaskan diri.  DAP sebolehnya enggan disiasat kerana bimbang segala perbuatan mereka menipu ahli akan terbongkar. 

 

Maka kita tidak terkejut apabila sebuah blog, DAP Insider http://thedapinsider.blogspot.com/ mendedahkan sesuatu yang sebenarnya telah lama disyaki oleh ramai iaitu DAP cuba merasuah ROS bagi menyelesaikan isu pemilihan CEC. 

 

Untuk itu, DAP mengharapkan ROS agar membatalkan sahaja parti itu supaya tiada siasatan boleh dilakukan.  Difahamkan Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya juga benar-benar takut sekiranya mereka tidak dapat mengekalkan jawatan andai diadakan pemilihan semula.  Lalu, mereka berbincang dengan Karpal Singh dengan kehadiran RSN Rayer untuk mencari penyelesaian. 

 

RSN Rayer kemudiannya dijadikan orang suruhan untuk ‘berbincang’ dengan ROS.  Dengan tawaran rasuah sejumlah RM500,000, ROS diminta agar membatalkan sahaja parti DAP tanpa sebarang siasatan dilakukan.  

 

Cara ini juga akan membolehkan DAP mendaftar semula parti mereka dengan mengubah perlembagaan di mana jawatan Setiausaha Agung adalah kekal.  Beberapa perkara lain akan turut dikaji semula bagi memastikan Dinasti Lim kekal di tampuk kepimpinan tertinggi. 

 

Selain itu, laman DAP Insider juga turut mendedahkan bagaimana DAP dengan sengaja melanggar beberapa peraturan dalam proses mengadakan pemilihan semula agar rancangan mereka untuk membatalkan penubuhan parti berjaya. 

 

Jika ini benar, maka tidak hairanlah DAP begitu ‘bengang’ dengan ROS walaupun segala masalah mereka bukannya berpunca dari ROS.  Masalah DAP sebenarnya berpunca dari ahli-ahli parti itu sendiri yang telah membuka mata dan bangkit mempertahankan hak mereka. 

 

Malangnya, ‘kebangkitan’ mereka hanyalah separuh jalan. 

 

Seperti yang kita tahu, jika sebelum ini hanya 753 yang dinafikan hak mengundi, tetapi dalam pemilihan semula pada 29 September lalu, seramai 851 orang perwakilan pula dilaporkan ‘hilang’ dan tidak hadir untuk mengundi.  Ini bermakna lebih ramailah yang ‘terlepas’ hak  untuk memilih pemimpin di dalam DAP. 

 

Sehingga ke hari ini kita tidak tahu apa yang terjadi dengan kesemua 851 orang itu kerana tiada di antara mereka yang tampil membuat penjelasan atau aduan kepada ROS.  Pemimpin DAP juga tidak dapat menjelaskan perihal ‘kehilangan’ mereka-mereka ini. 

Hairan sekali, jika mereka sanggup bersusah payah membuat aduan kerana tidak dapat mengundi dalam pemilihan awal, kenapa mereka tetap tidak hadir apabila pengundian diadakan semula? 

 

Mungkinkah bajet RM500,000 yang diperuntukkan untuk rasuah ROS itu telah digunakan untuk memastikan 851 perwakilan itu hilang dan menutup mulut?   Ini tidak mustahil kerana dari apa yang kita dengar, DAP menyelesaikan masalah dengan dua cara sahaja iaitu sama ada rasuah ataupun ugut. 

 

Tak tahulah sama ada apa yang kita dengar itu benar, tetapi yang pasti tiada apa yang buruk yang tidak mustahil bagi DAP.

Berkaitan