25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

DAP Desak Azizan Batal Larangan Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan


DAP – sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat – mendesak Kerajaan Negeri Kedah membatalkan larangan menghentikan operasi semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak wajar membatalkan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997 yang digubal ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu juga tidak pernah menguatkuasakan undang-undang tersebut.

“Dalam keadaan ini, Azizan harus mempertimbangkan semula serta memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Kerajaan BN juga tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun mereka memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan.

Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan bukan satu perkara baru kerana ia sudah wujud sejak 1997 namun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.

Beliau menegaskan bahawa di bawah enakmen tersebut terdapat pengecualian terutamanya bagi pertunjukan berkaitan keagamaan seperti ‘Festival Hantu Lapar’ yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada bulan Ogos.

Jelasnya, setiap perayaan atau pertunjukan adalah dibenarkan namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun bagi pusat snuker dan kafe siber pula, Azizan berkata kerajaan negeri akan menyemaknya semula kerana ia diletakkan di bawah kategori hiburan.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau telah menghubungi Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan di negeri itu.

“Lee mendakwa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Kedah.

“Beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Justeru, Lim berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan pusat Pakatan Rakyat minggu depan.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

#PRNSabah: PBS dakwa dihubungi lawan, ditawarkan wang dan jawatan

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa semua calonnya yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam telah dihubungi parti lawan untuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan