24.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

DAP lebih jahat daripada penjajah British

MB Selangor sepatutnya membentangkan RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membenarkan penukaran keagamaan unilateral dalam sidang DUN Selangor kali ini. RUU ini telah pun mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor.

Bagaimanapun, sidang DUN Selangor ditangguhkan setelah berlangsung hanya dua hari. Speaker Dewan memberikan pelbagai alasan.

Tetapi yang menariknya Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serentak membuat kenyataan bahawa DAP tidak akan menyokong RUU tersebut.

Berdasarkan kenyataan dua pemimpin DAP ini, serta diperkuatkan dengan senario DUN Selangor, saya berpendapat DAP lebih jahat daripada penjajah British. Ini kerana penjajah British tidak pernah masuk campur hal ehwal agama Islam.

DAP masuk campur mengenai Enakmen Pentadbiran Agama Islam, malah berazam untuk guna kuasa yang mereka ada untuk menyekat RUU yang sudah diperkenan oleh DYMM Sultan, sedangkan urusan agama Islam berada di bawah kuasa Sultan.

Muncikari mereka yang beragama Islam senyap tidak berdetik. Mereka sudah kenyang memakan habuan kemenangan, maka mereka tidak kisah apa sahaja yang DAP mahu lakukan dalam negara ini.

Perut mereka kenyang hasil persekongkolan yang menggadaikan maruah dan kuasa umat Islam hingga tiada kuasa ke atas agama mereka sendiri. Dibimbangi mereka mati dalam keadaan perut yang membusung busuk akibat khianat agama sendiri. Semoga sempat bertaubat.

Ustaz Mohd Hazizi

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...