25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

DAP Mahu Pakatan Pembangkang Tutup Mulut Mengenai Rundingan Pengagihan Kerusi

DAP Rabu meminta pemimpin dan anggota pakatan PKR-DAP-PAS tidak membuat sebarang kenyataan terbuka tentang rundingan mereka berkaitan peruntukan kerusi bagi pilihan raya umum akan datang.

Naib pengerusi dan pengerusi biro pilihan raya DAP Tan Kok Wai berkata para pemimpin dan anggota pakatan pembangkang perlu mematuhi resolusi bersama yang dicapai pada pemukiman kepimpinan pakatan pembangkang pada 19 Julai 2011 agar rundingan mengenai pengagihan kerusi dibuat secara dalaman dan mengelak daripada membincangkannya atau mengkritik anggota gabungan lain secara terbuka.

“Anggota DAP diingatkan bahawa sebarang perselisihan pendapat yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kepimpinan negeri, dirujuk kepada kepimpinan pakatan pembangkang peringkat kebangsaan untuk diselesaikan.

“Sehubungan itu, para pemimpin dan anggota DAP dinasihati supaya mengelak daripada membuat sebarang kenyataan terbuka yang boleh dilihat seolah-olah anggota pakatan — PAS, PKR and DAP — berbalah mengenai pengagihan kerusi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata semua anggota pakatan itu perlu menjunjung dan memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan saling mempercayai yang menjadi asas pakatan mereka.

“Pada peringkat ini, rundingan mengenai peruntukan kerusi di pelbagai negeri masih berjalan dan belum dimuktamadkan. Bagaimanapun, kemajuan positif telah dicapai untuk memuktamadkan peruntukan kerusi dalam kalangan anggota pakatan pembangkang bagi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tan berkata kepimpinan pakatan akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai sebaik saja proses rundingan mengenai pembahagian kerusi dimuktamadkan.

Rundingan pembangkang mengenai pengagihan kerusi tidak mengalami kebuntuan di sekurang-kurangnya lima negeri walaupun pemimpin mereka di peringkat negeri bertungkus-lumus cuba menyelesaikan perbezaan pendapat dan ini menyebabkan tercetus berita sejak beberapa hari lepas bahawa wujud perbalahan dalam kalangan mereka.

Pakatan PKR-DAP-PAS masih belum dapat memuktamadkan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk mereka tandingi di Johor, Pahang, Sarawak, Perak dan Kedah hingga menyebabkan para pemimpinnya meminta diberi lebih banyak masa untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, kebanyakannya berhubung tuntutan bertindih.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang itu memenangi 82 kerusi Parlimen, dengan PKR muncul sebagai parti pembangkang terbesar setelah menguasai 31 kerusi. DAP mempunyai 28 kerusi dan PAS, 23.

Di peringkat negeri, pakatan itu menguasai Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta terus memerintah Kelantan.

Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum 2008, tujuh Anggota Parlimen PKR meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil bebas, manakala Barisan Nasional (BN) mengambil alih Perak selepas tiga Anggota Dewan Negeri (dua daripada PKR dan seorang daripada DAP) meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun ini, PKR dan DAP bertanding menentang satu sama lain di beberapa kerusi utama hingga menimbulkan perbalahan antara pemimpin mereka.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan