DAP : Melayu Jangan Terpedaya

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Nizar dan Ngeh Candle Vigil
Ngeh dan Nizar ‘candle vigil’

Orang Melayu diigatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam dan ini terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri.

“Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang, Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan PAS.

“Perbuatan Khoo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian DAP sebenar. Mereka hanya berminat mendapatkan undi melayu bukan perjuangan Islam.

“DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims.

Tweet yang berbunyi : “Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?”

Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut.

“Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka.

“Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini,” tegasnya.

Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham.

“Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul?

“Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.

“DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.

“Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri,” ujarnya.

BACA juga:

Leave a Reply