DAP pecat Ahli Pas dalam JKKK - pakdin.my

dun-pulau-pinang

PULAU PINANG – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan sudah memecat semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ahli Pas di Kepala Batas bukan meletak jawatan seperti didakwa sebaliknya mereka sudah dipecat sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Rashid Hasnor berkata, pemecatan berkenaan meliputi ahli Pas di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat.

“Kerajaan negeri membuat semakan sama ada ahli-ahli Pas ini menyokong pakatan pembangkang baharu atau sebaliknya.

“Mereka yang masih sokong Pas kemudian telah diberi surat pemecatan,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

UTAMAPOLITIKDAP pecat Ahli Pas dalam JKKK

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium