Home / :: BLOG :: / DAP Persenda Impian Mahathir

DAP Persenda Impian Mahathir

DAP mempersendakan impian Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mewujudkan logo bersama ‘Pakatan Harapan’ yang dike­tuai parti itu dengan menyifatkan ia hanya bermatlamat jangka pendek.

Ahli Jawatankuasa DAP, Gobind Singh Deo berkata, perkara itu tidak penting ketika ini dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dinasihatkan untuk mengutamakan rangka kerja bersama sebelum memikirkan soal tersebut.

Ahli Parlimen Puchong itu menjelaskan, langkah ber­kenaan lebih penting bagi memastikan gabungan parti pembangkang mempunyai hala tuju jelas untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Rakyat perlu diyakinkan bahawa pakatan pembangkang bukan hanya untuk mencapai matlamat jangka pendek tetapi dilihat terus kekal dan mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik. Kita harus jelas dalam apa yang kita mahukan dan apa hala tuju yang akan diambil sebelum PRU-14 bermula.

“Tanpa itu, cadangan mewujudkan satu logo malah pakatan pembangkang itu sendiri akan kehilangan tarikan­nya kerana rakyat mera­gui kemampuan kita da­lam jangka masa panjang,” katanya seperti dipetik menerusi roketkini. com hari ini.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri itu menyarankan agar setiap parti dalam pakatan pembangkang tidak terlalu memikirkan mengenai kepentingan parti masing-masing sahaja.

Justeru kata beliau, pakatan pembangkang perlu menggunakan satu logo dalam PRU-14 bagi menunjukkan kesepakat­an antara mereka.

BEBERAPA ahli Pas berkumpul di depan Masjid Jamek Lebuh Acheh Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menolak kerjasama dengan DAP dan sekutunya.
BEBERAPA ahli Pas berkumpul di depan Masjid Jamek Lebuh Acheh Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menolak kerjasama dengan DAP dan sekutunya.
(Visited 21 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

5 comments

  1. Shazali Yunus

    matlamat nak tipu rakyat masa PRU jer… itu lah modus operandi 22 tahun berkuasa… dapat kuasa kaya kan keluarga dan kroni… rakyat diperbodohkan dgn propaganda selamat kan malaysia ?

  2. Ned Salleh

    Oooo … bukan DAP yg persendakan tt Gobind Singh je.. tak heran la .. apa la admin nih … OVER pulak …

  3. Muhd Muhd

    Yg persendakan UMNO takut sangat dgn org tu umur 92thn

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.