DAP pilih Wan Azizah jadi PM? Musnah Harapan Mahathir Mahukan Boboi - pakdin.my

Tanda tanya mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan harapan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akhir­nya terjawab apabila DAP secara jelas menyokong Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan berkenaan.

Pendirian itu dinyatakan Anthony Loke (DAP-Seremban) se­masa sesi perbahasan persida­ngan Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu sekali gus ‘meranapkan’ impian Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melantik anak­nya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri selepas beliau dan Lim Kit Siang dikatakan membuat pakatan sulit dengan Penasihat DAP itu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Anthony dalam sesi perbahasan itu berkata, mereka bersedia menyokong Wan Azizah menjadi Perdana Menteri kononnya untuk mengiktiraf kedudukan wanita dalam pentadbiran negara.

“Kenyataan Yang Berhormat Rembau (Khairy Jamaluddin) ada menyatakan matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN 50) mungkin wanita boleh jadi Perdana Menteri.

“Padahal kita di sebelah sini (pembangkang) bersedia menyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh (Wan Azizah) menjadi Perdana Menteri kalau kita diberi mandat nanti, tidak perlu tunggu sampai 2050.

“Pilihan Raya Umum Ke-14 pun wanita boleh jadi Perdana Menteri kalau kita diberi mandat,” kata Setiausaha Organisasi DAP itu.

Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan pakatan sulit antara Kit Siang dan Dr. Mahathir berhubung kedua-dua jawatan penting tersebut dan Penasihat DAP itu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas perkara itu berkata, situasi pelik akan berlaku jika pakatan harapan memerintah negara selepas PRU-14 kerana Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri berkuasa sepenuhnya untuk melantik Perdana Menteri.

Ini kerana dalam pakatan sulit yang dikatakan wujud antara Dr. Mahathir dan Kit Siang, Penasihat DAP itu terlebih dahulu dipilih untuk jawatan itu tanpa mencapai kata sepakat bagi jawatan Perdana Menteri.

Pada masa ini DAP mempunyai 37 kerusi dalam Dewan Rakyat berbanding PKR 28 kerusi manakala PAN (enam kerusi) dan PPBM (satu kerusi).

UTAMAPOLITIKDAP pilih Wan Azizah jadi PM? Musnah Harapan Mahathir Mahukan Boboi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium