DAP salahkan PAS mula cetus ‘peperangan’… - pakdin.my

pas-dap-siapa-mula

DAP hari ini secara terbuka menyalahkan PAS dan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencetuskan ‘peperangan’ antara kedua-dua parti sebelum ini.

Setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke, berkata Hadi berjanji meletakkan calon di semua kerusi milik DAP pada pilihan raya akan datang selepas kedua-dua parti menamatkan kerjasama politik.

Katanya, Hadi turut mencaci DAP dengan kenyataan bandar dikuasai DAP akan menjadi pusat perjudian serta arak bagi orang Islam.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menjawab kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menyeru DAP berhenti bersikap konfrontasi dengan PAS bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru dengan parti Islam itu pada pilihan raya akan datang.

“Perlu diingat bahawa bukan DAP yang bersikap konfrontasi dengan PAS tetapi pihak kepemimpinan PAS, terutama Presiden PAS yang mengisytiharkan perang dengan DAP.

“PAS juga yang mengumumkan mereka akan bertanding di setiap kerusi dikuasai DAP pada pilihan raya ke-14,” kata Loke dalam satu kenyataan.

Loke turut mengingatkan Rafizi bahawa pemimpin PAS juga secara terbuka menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional, lawan politik Pakatan Harapan.

Bukti jelas kesanggupan PAS untuk bekerjasama dengan BN dan UMNO untuk tidak mengundi menolak Bajet 2016 di Parlimen, semalam.

Katanya, dalam pusingan pertama pengundian di peringkat dasar semalam, hanya tiga Ahli Parlimen PAS menyertai bekas sekutu mereka DAP dan PKR mengundi menentang bajet.

“Begitupun, tindakan ketiga-tiga Ahli Parlimen itu tidak mencermin pendirian rasmi kepimpinan peringkat tertinggi PAS yang kelihatan lebih mesra dengan BN berbanding Pakatan Harapan setakat ini,” kata Loke.

UTAMAPOLITIKDAP salahkan PAS mula cetus ‘peperangan’…

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium