DAP Sarawak putuskan hubungan kerjasama dengan PAS - pakdin.my

Hudud-Dap-Sarawak

Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.

Wong menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.

“Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat.

Wakil rakyat kawasan Padungan itu berkata, isunya bukan samada PAS keluar pakatan tetapi pengkhianatan PAS terhadap rakan pakatan dalam kemelut politik Selangor.

Tindakan empat exco PAS meneruskan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim apabila PKR dan DAP mahu menggantikannya kata Wong adalah bukti jelas sikap perbuatan khianat.

“Sentiasa mendampingi UMNO juga,” katanya adalah satu lagi pengkhianatan.

Menurut Wong, keadaan kelam kabut dalam PR kini adalah kerana pengkhianatan berterusan dan keingkaran mematuhi agenda PR oleh satu (PAS) parti komponennya dan keadaan itu tegasnya tidak membolehkan mereka untuk kekal di dalam PR.

“DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang mengkhianati rakyat, apalagi berjuang bersama sebagai pakatan,” katanya

UTAMABERITADAP Sarawak putuskan hubungan kerjasama dengan PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium