25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

DAP Selangor Mulai Tak Yakin Pada Pimpinan Kit Siang

“Apa yang Dr. Mahathir kata itu betul dan DAP sebenarnya tidak pernah pun nak berebut jawatan Perdana Menteri,” begitulah kenyataan yang keluar dari Ng Suee Lim semalam.

Bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu, Suee Lim mengulas mengenai desas desus yang ingin mengangkat Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang dikuasai mereka berjaya takluk Putrajaya.

Mungkin tak ramai yang tahu, DAP Selangor juga sebenarnya sudah lama ‘memendam rasa’ terhadap isu keretakan dalaman parti yang dipimpin oleh ‘Legasi Lim’ tersebut.

Difahamkan dari bekas pemimpin DAP sendiri, di Selangor mereka terbahagi kepada tiga ‘otai’ berbeza iaitu yang dikuasai bekas Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok dan seorang lagi ‘proksi’ Lim iaitu Tony Pua dari Singapura.

Timbul rasa tidak puas hati katanya apabila Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor walaupun menang amat tipis dan cukup lemah.

Ini juga sebenarnya antara 79 senarai mereka yang menjadi ‘mangsa’ konflik dalaman DAP seperti didedahkan Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini. Cumanya, mereka di Selangor masih belum berhasrat untuk bertindak keluar parti.

Geng Gobind dan geng Otai DAP yang diketuai Ronnie Liu sudah menyerang geng Kit Siang di Selangor. Paling mereka tidak suka bila Kit Siang ambil Mahathir sebagai kawan politik.

DAP ada 15 kerusi di Selangor, semasa zaman Khalid, DAP dilihat abang besar di Selangor. Bila anak angkat Mahathir (Azmin) naik sebagai MB, DAP Selangor sudah merasai mereka sudah jadi proksi yang kecil sahaja di Selangor di belakang PKR dan PAS.

15 kerusi yang DAP ada di Selangor pun khabarnya ada 5 atau 6 kerusi mahu diserah pada PPBM pada PRU14 nanti. Atas alasan mahu runding kerusi kerusi parlimen di negeri lain.

Rundingan itu khabarnya hanya dibuat sesama keluarga Lim dengan keluarga Mahathir sahaja dan Azmin Ali. DAP Selangor dipaksa terima apa sahaja keputusan rundingan itu. Ini yang menyebabkan berlakunya barah dalam DAP Selangor.

DAP Selangor merasakan banyak keputusan yang sepatutnya dibincang dengan semua ahli parti hanya diselesaikan menerusi rundingan dua tiga orang sahaja (Kit Siang, Tony Pua, Mahathir dan Azmin Ali).

Oleh sebab itu, tak mustahil kenyataan Suee Lim ini merupakan manifestasi sebenar ‘rasa barah’ yang ditanggung oleh DAP Selangor dalam diam.

Bukan baru semalam ia telah membusuk dalam diri setiap ahli DAP Selangor, malahan sudah memakan masa lama dan kini tunggu untuk meletup sahaja.

Walaupun jika dibaca melalui media pro DAP, kenyataan Suee Lim nampak pro kepada mereka, namun sebenarnya kenyataan itu tersirat ‘udang disebalik mee’ yang menjelaskan bahawa akar umbi DAP Selangor sudah mula muak dan tak yakin dengan kepimpinan Lim.

Di Melaka sudah ada yang lompat parti, di Selangor ributnya makin kuat. Roket DAP kini nampaknya sedang dilanda puting beliung yang kuat.

Hendak ke bulan tidak sampai, hanya sekadar terbang rendah ke kuntum bunga raya. Itulah kekuatan roket DAP hari ini. Menanti saat terbenam menyembah bumi.

20170221-dap-selangor-kit-siang

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...