DAP serang PAS terang-terangan dikecam gugat hubungan

MAT-Sabu-LIM-Guan-Eng

- Advertisement -

DAP terus dikecam lantaran kecaman yang terus-terusan dibuatnya terhadap PAS.

Malah tuduhan yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap empat EXCO PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Ia juga dilihat sengaja menuang minyak ke dalam api.

Jika DAP terus bersikap negatif dan membuat tuduhan dan kecaman bertalu-talu terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak mustahil DAP akan menerima padahnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menegaskan tindakan empat EXCO terbabit adalah disebabkan mematuhi arahan PAS Pusat dan bukannya dibuat suka-suka.

Ini menunjukkan mereka setia dan patuh kepada parti dan tidak mudah terpengaruh dengan parti lain.

Maka adalah tidak wajar bagi Lim mengecam tindakan mereka itu.

Berikut kenyataan penuh Mahfuz Omar : –

Saya merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng bertarikh 22 September 2014.

Bagi pihak PAS, saya ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap Setiausaha Agung DAP yang menuduh 4 orang Exco Kerajaan Selangor dari PAS sebagai melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan 6 lagi bekas Exco dari DAP dan PKR apabila 4 Exco tersebut mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco selepas Exco-Exco lain dipecat oleh Menteri Besar Selangor pada 12 Ogos 2014 yang lalu.

Kepimpinan PAS sebelum ini telah beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai.

Setiausaha Agung DAP harus memahami bahawa tindakan PAS mengarahkan keempat anggota Exco tersebut supaya tidak meletakkan jawatan adalah dibuat di atas pertimbangan strategi untuk menyelamatkan Dewan Undangan Negeri Selangor daripada menghadapi risiko dibubarkan akibat ketiadaan sebuah majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi eksekutif pemerintahan di negeri Selangor.

Saya percaya Setiausaha Agung DAP menyedari wujudnya peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan hendaklah terdapat minimum empat orang Exco bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus dapat berfungsi seperti biasa.

Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Dengan pelantikan YAB Azmin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh kesemua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh jentera Pakatan Rakyat wajib untuk bergerak ke hadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hentikan segala serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Muafakat Pakatan Rakyat harus diperkukuh dan sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutama yang diakibatkan oleh kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.