DAP Tak Perlu Rayu, PAS Tidak Akan Sertai Bersih - pakdin.my

DAP perlu faham dengan pendirian PAS bahawa parti Islam itu tidak akan berganjak daripada keputusan asal untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih pada 19 November ini.

Meskipun dirayu Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, namun Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata keputusan telah dibuat dengan lebih awal dan sepatutnya semua pihak perlu hormat dengan keputusan tersebut.

“Dia (Lim Guan Eng) nak cakap apa pun cakaplah, kita tak kisah, sebab apa yang Datuk Takiyuddin dah cakap adalah keputusan parti, bukan keputusan peribadi.

nasaruddin-hassan-guan-eng“Jadi mereka semua perlu hormatlah,” katanya ketika dihubungi.

DAP seolah-olah terus merayu ahli-ahli PAS supaya turut serta dalam perhimpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan pada 19 November ini.

Ini kerana Guan Eng berkata, beliau berharap pihak yang sebelum ini pernah menyokong Bersih tetapi bertindak meninggalkan organisasi itu kembali semula kononnya untuk memperjuangkan pilihan raya umum yang bersih.

Namun sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan parti itu tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 5.0 selepas mengambil kira Bersih mempunyai objektif tersendiri yang tidak senada dengan parti tersebut.

PAS sebelum ini juga tidak menyertai Bersih 4.0 yang sekali gus menyaksikan penurunan mendadak jumlah peserta perhimpunan itu khususnya dalam kalangan orang Melayu sebaliknya lebih banyak disertai kaum Cina dan penyokong DAP.

Tindakan PAS tidak lagi terlibat dalam perhimpunan itu juga menyebabkan siri jelajah Bersih 5.0 yang diadakan di seluruh negara sehingga kini tidak mendapat sambutan.

Tambah Nasruddin, PAS tidak akan membuang masa untuk membuat perbincangan kali kedua mengenai perkara tersebut.

Ia sekaligus menetapkan PAS memang tidak akan menyertai Bersih kali ini.

UTAMAPOLITIKDAP Tak Perlu Rayu, PAS Tidak Akan Sertai Bersih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium