DAP tuduh 4 Exco PAS pengkhianat – Sokong pelantikan Azmin

10
Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam
Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam
Khalid (tengah) bersama empat Exco daripada PAS yang menyokong kepimpinannya sebagai menteri besar Selangor dan menghadiri mesyuarat Exco di Shah Alam

Selepas empat Exco parti itu kekal dalam pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi memastikan kerajaan Selangor terus kekal ketika kemelut Menteri Besar, PAS akhirnya dituduh pengkhianat oleh DAP.

DAP menyifatkan tindakan empat Adun PAS itu kekal sebagai Exco satu pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta gagal untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.

Kekesalan itu diluahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan malam tadi selepas jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai pelantikan Mohamad Azmin Ali sebagai menteri besar.

“DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.” Katanya.

Empat Adun PAS itu ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali.

PAS sebelum ini meminta ke semua mereka kekal dalam barisan Exco bagi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kekal dan mengelak kuasa minoriti mengambil alih kerajaan Selangor..

Tindakan emapt Adun PAS itu juga membolehkan Khalid mentadbir negeri sehingga kemelut itu selesai dengan pelantikan Timbalan Presiden PKR itu hari ini.

Malangnya, pengorbanan PAS itu akhirnya dikecam sekutu mereka – DAP.

Sementara itu, DAP menyokong penuh pelantikan Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa sebagai menteri besar Selangor baharu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetapi menyelar pengkhianatan empat ahli Majlis .

Menurut Guan Eng, keputusan menyokong Azmin dibuat selepas anggota CEC mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima berita daripada pihak Istana Selangor.

“Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 memutuskan untuk menyokong kenyataan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan menteri besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor melantik Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor baharu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kemelut menteri besar Selangor hampir selesai selepas Azmin disahkan bakal menjadi MB baharu dan Dr Wan Azizah juga menerima keputusan pilihan pihak Istana secara terbuka.

Guan Eng berkata, keputusan DAP selari dengan pendirian jawatan menteri besar Selangor mesti diserahkan kepada PKR.

“Keputusan beliau (Dr Wan Azizah) untuk menyokong Azmin juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa MB Selangor seharusnya memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,” katanya.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here