Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Global

All countries
232,377,389
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
207,277,956
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
4,759,066
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

DAP Tukang Pecahkan Pakatan

PEMIMPIN-pemimpin PAN dan DAP kuat menabur fitnah bahawa PAS tidak setia dalam berpakat dan tukang pecahkan pakatan.

Ini adalah satu jenayah akademik yang besar, memutarbelitkan fakta sejarah demi menyucikan kawan dan memburukkan lawan.

Fakta sebenar adalah DAP merupakan parti paling tidak setia dalam berpakat dan tukang pecahkan pakatan sejak tahun 1990-an lagi.

Semua Setiausaha Agung DAP, dari Lim Kit Siang, Kerk Kim Hock ke Lim Guan Eng, bertanggungjawab memecahkan pakatan DAP.

Pakatan pertama yang DAP pecahkan ialah Gagasan Rakyat yang Lim Kit Siang umumkan penarikan diri DAP darinya pada 25 Januari 1995.

Pakatan kedua yang DAP pecahkan ialah Barisan Alternatif yang Kerk Kim Hock umumkan penarikan diri DAP darinya pada 22 September 2001.

Pakatan ketiga yang DAP pecahkan ialah Pakatan Rakyat yang Lim Guan Eng umumkan kematian dan pembubarannya pada 16 Jun 2015.

Bukan PAS yang membunuh Pakatan Rakyat kerana usul di Muktamar Tahunan PAS belum lagi dibincangkan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, waktu itu menyebut Pakatan Rakyat belum mati.

Tetapi Lim Guan Eng awal-awal lagi menyebut pada 10 Disember 2014 “DAP sedia untuk melihat Pakatan Rakyat berpecah jika pemimpin PAS menyerahkan Usul Rang Undang-undang Persendirian untuk melaksanakan hudud di Parlimen”.

Lim Guan Eng melalui kenyataan media beliau pada 26 Disember 2017 juga mengaku bahawa DAP yang mematikan Pakatan Rakyat dengan menyebut “DAP mengambil posisi yang betul untuk memutuskan hubungan dengan para pemimpin PAS”.

Adalah fakta sejarah bahawa DAP akan memecahkan pakatan yang disertai olehnya jika kehendaknya tidak dapat diterima oleh rakan-rakan pakatannya yang lain.

Saya jangkakan perkara sama akan berlaku dalam PH yang akan dipecahkan oleh DAP bila ada rakan pakatannya yang tidak akur dengan kehendaknya.

Sejarah sentiasa berulang dan mereka yang tidak belajar dari sejarah akan sentiasa tertipu.

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Berkaitan