26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Dapur Dihanyut Ombak, Satu Keluarga Lari Tinggalkan Rumah

ombak besar mengabang telipot

KUALA NERUS: “Dapur rumah tiba-tiba dipukul ombak dan hanyut. Saya bersama isteri serta anak perempuan berlari sekuat hati, tinggalkan rumah,” kata seorang penduduk di Kampung Mengabang Telipot di sini.

Abdullah Mat Isa, 52, berkata demikian ketika menceritakan kejadian air pasang besar yang meranapkan kediamannya yang diduduki sejak 19 tahun lalu.

“Sebelum ini memang selalu angin kuat dan ombak besar melanda kampung ini, cuma yang berlaku semalam sangat menakutkan dan sangat luar biasa. Angin mula kuat dan ombak besar mulai pukul 5 petang semalam dan kemuncaknya dapur rumah saya dihanyutkan ombak pada 9.30 malam.

“Kami terus berlari meninggalkan rumah dan menumpang di rumah ibu di Kampung Padang Kemunting, tidak jauh dari sini untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan rumahnya di sini, Selasa.

Sementara itu tinjauan di sekitar kawasan Mengabang Telipot mendapati beberapa bahagian rumah penduduk musnah dipukul ombak dan ada yang berisiko runtuh sekiranya angin kuat masih berterusan dalam tempoh terdekat.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,  Leftenan Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim berkata pihaknya akan menempatkan 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk memantau perkembangan di kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kami sudah mengarahkan anggota supaya meronda dan bersiap sedia di kawasan berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Selain itu, semua penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai diminta melakukan persiapan termasuk mengemas dokumen penting jika keadaan memerlukan mereka berpindah,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan