Dari dalam MOF: Antara prinsip kebenaran, maruah bangsa & kerjaya - pakdin.my

#MalaysiaMemilih

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Dibulan yang penuh kemuliaan ini, saya mengharapkan Allah swt berikan kekuatan untuk saya. Setelah memikirkan dengan mendalam, berdoa memohon kekuatan pertunjuk dariNya, maka saya rasakan amat wajar untuk saya perkatakan kebenaran ini walaupun agak berat dan membimbangkan masa depan saya.

Kemelut politik yang berlaku pasca PRU14 mendatangkan kesan yang besar dalam sejarah politik serta pentadbiran negara. Alhamdulilah saya berkhidmat sebagai pegawai PTD dengan gred M52 tidaklah sangat terkesan dari sudut ekonomi, namun dari aspek kerjaya ianya amat nyata kerana perubahan dasar & kepimpinan pasti banyak perubahannya, lebih2 lagi kerana saya berkhidmat di MOF, tempat yang sangat sibuk ketika ini dengan pelbagai perubahan yang sedang berlaku.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah luahan rasa kecewa yang teramat sangat dengan politik keterlaluan dan kebencian oleh kepimpinan hari ini.

Saya bersekolah peringkat menengah dahulu di SJKC, jadi sedikit sebanyak dapat memahami bahasa percakapan rakan Chinese.

Apabila pegawai Khas Menteri yang baru berkata pada Menteri tentang data-data kewangan berkaitan kadar hutang negara, ianya amat menyedihkan saya.

Walaupun bercakap bahasa cina untuk elakkan dari pegawai-pegawai lain tahu, tapi saya dapat tangkap juga kerana 5 tahun belajar di SJKC.

Tuan-tuan… percayalah, statistik tentang jumlah kadar hutang negara memang sengaja di ubah, dimanipulasikan untuk tujuan politik kerajaan kini & memburukkan kepimpinan lalu.

Ayat yang paling menyentap hati saya apabila si Tony berkata pada boss ‘public akan percaya walaupun kita tipu’. Cakap dalam bahasa cina….

Bukan sekadar kerana prinsip kebenaran, ia juga menyentap maruah bangsa saya sebagai seorang melayu apabila nyata kepimpinan kini melakukan sesuatu yang bertujuan mengaibkan kepimpinan melayu sebelumm ini.

Samada pembaca akan percaya atau tidak itu terpulang pada penilaian masing-masing. Yang nyata bagi saya kini, suasana di MOF amat menyedihkan apabila agenda untuk membongkar segala salah laku kerajaan dulu menjadi keutamaan.

Rakyat dibohongi dengan data-data statistik yang dimanipulasikan.

Saya berharap saya dapat ditukar kan ke Kementerian yang lain selepas pendedahan ini menjadi viral.

Itu lebih baik dari berdiam diri menyaksikan agenda jahat berlaku dalam pengetahuan kita.

Ikhlas dari M52 MOF

Rujukan:
https://pakdin.my/tiga-tunggak-utama-kementerian-kewangan-akan-pastikan-islam-dan-melayu-terus-kukuh-dan-gagah-di-bumi-melayu/

https://pakdin.my/tag/kementerian-kewangan

UTAMAPOLITIKDari dalam MOF: Antara prinsip kebenaran, maruah bangsa & kerjaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium