DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya projek terowong bawah laut Pulau Pinang dengan Guan Eng - pakdin.my

Raja Petra Kamarudin: Terowong bawah laut Pulau Pinang yang panjangnya lebih kurang 7.2 km itu melibatkan sogokan yang berjumlah melebihi RM2.6 billion. SPRM telah pun menyelesaikan kes itu dan menandakannya sebagai NFA (No Further Action) kerana Peguam Negara, Tommy Thomas, sahaja yang boleh membuat keputusan samada dia akan mendakwa Lim Guan Eng atau pun tidak, dan sudah pasti hari ini Tommy tidak akan mendakwa Guan Eng.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada 9 Januari 2018 dan kenyataanya telah direkod pada 12 Januari 2018. Siasatan itu telah pun diselesaikan oleh SPRM pada April 2018, tetapi sebelum sempat mengambil sebarang tindakan kerajaan telah pun bertukar dan Peguam Negara yang baru telah dilantik.

Ada dikalangan dari SPR) telah berjumpa kami dan menyerahkan pada Malaysia Today dokumen yang lebih kurang 200 muka surat. Dalam beberapa hari ini kami akan menerbitkan ekstrak kandungan dokumen yang telah diperolehi. Dan pada siri kali ini, kami menerbitkan kenyataan Zarul Ahmad dan kaitannya dengan Lim Guan Eng dan bagaimana idea Terowong Bawah Laut Pulau Pinang bermula.

Nazri Aziz yang menjadi orang tengah diantara Zarul Ahmad dan Lim Guan Eng

Zarul Ahmad memberitahu SPRM dalam bentuk kenyataan rasmi yang ditandatangani olehnya bahawa jumlah sogokan itu bernilai RM3 billion

Sogokan yang bernilai 10% itu hanyalah melibatkan kos pembinaan sahaja, tetapi apabila ditambah dengan yang lain-lain jumlahnya mencecah sehingga RM3 billion

……………………………………

DARI FAIL SPRM: Guan Eng telah menerima sogokan 10% tetapi Peguam Negara telah mengkuburkan kes tersebut
https://pakdin.my/dari-fail-sprm-guan-eng-telah-menerima-sogokan-10-tetapi-peguam-negara-telah-mengkuburkan-kes-tersebut/

UTAMABERITADARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya projek terowong bawah laut Pulau Pinang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium