Dasar had dua anak keluarga Rohingya satu lagi bentuk pembersihan etnik - pakdin.my

Untuk rekod Myanmar telah sekian lama mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Rohingya-refugees-on-a-boat
Dasar had dua anak keluarga Rohingya satu lagi bentuk pembersihan etnik

Pemimpin Islam hari ini menyatakan tentangan mereka terhadap dasar pihak berkuasa di barat Myanmar yang mahu mengehadkan hanya dua anak bagi keluarga Islam Rohingya.

Dasar itu bagaimanapun tidak dilaksanakan untuk keluarga Buddha dan ia didakwa satu lagi bentuk pembersihan etnik.

Beberapa penganut Buddha menyambut baik dasar berkenaan kerana ia mengurangkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jumlah populasi penganut Islam di negara itu.

Pihak berkuasa di negeri Rakhine berkata, mereka kini sedang merangka dasar yang pernah digunakan ketika zaman pemerintahan tentera iaitu mengharamkan keluarga Islam Rohigya mempunyai anak melebihi dua orang.

Kandungan dasar dan bagaimana ia akan dilaksanakan belum lagi diumumkan dan beberapa pihak menyifatkannya sebagai satu lagi dasar diskriminasi kaum dan mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak mengenainya.

Dasar berkenaan dilaksanakan di dua bandar Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh dan mempunyai penduduk Islam paling ramai di negeri itu.

Bandar Buthidaung dan Maungdaw mempunyai kira-kira 95 peratus penduduk Muslim. Namun penduduk Islam di Myanmar hanya meliputi 4 peratus daripada keseluruhan 60 juta penduduknya.

UTAMABERITADasar had dua anak keluarga Rohingya satu lagi bentuk pembersihan etnik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium