25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Data Peribadi Lebih Dari 11 Juta Pengguna Facebook Malaysia di ceroboh

Data peribadi milik lebih daripada 500 juta pengguna Facebook telah diceroboh dalam talian melalui forum ‘data marketplace’ yang popular, yang sebelum ini telah menyenaraikan pangkalan data dari platform pembayaran Malaysia, pedagangan e-dagang, dan daftar pemilih SPR untuk dijual.

Lebih 11 juta pengguna Facebook Malaysia dikatakan menjadi sebahagian daripada pencerobohan ini yang pertama kali di dedahkan oleh Alon Gal, yang merupakan Pengasas Bersama dan CTO syarikat keselamatan siber Israel, Hudson Rock. Beliau mendedahkkan bahawa pangkalan data yang di ceroboh tidak sahaja mengandungi ID Facebook pengguna tetapi juga nombor telefon, nama penuh, tarikh lahir, tarikh pembuatan akaun, status hubungan, dan biodata.

Ia juga mengandungi lokasi semasa dan masa lalu mereka sementara beberapa akaun juga mempunyai e-mel mereka yang terdapat dalam pangkalan data yang diceroboh. Sampel data telah diperakui sebagai sah oleh Business Insider yang telah memadankannya dengan nombor telefon dan alamat e-mel pengguna yang kenali.

Ini bukan kali pertama pangkalan data Facebook ini diceroboh dalam talian. Alon sebenarnya telah mendedahkannya pada bulan Januari tetapi pada masa itu, ia diedarkan melalui bot Telegram dan kita harus membayar sekiranya ingin mendapatkan maklumat dari pangkalan data yang diceroboh.

Sekarang, data secara amnya tersedia secara percuma (jika anda cukup aktif di forum ‘marketplace’) yang bermaksud bahawa halangan jauh lebih mudah di tembusi berbanding sebelumnya. Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Respons Strategik untuk Facebook, Liz Bourgeois telah menulis bahawa data tersebut berasal dari masalah keselamatan lama yang telah diperbaiki syarikat berkenaan pada tahun 2019.

Walaupun begitu, banyak perincian dalam pangkalan data yang di ceroboh sebenarnya tidak boleh dianggap “lama”. Oleh itu, ianya kelihatan agak matang dan siap untuk dieksploitasi oleh pemasaran, penipu dan penggodam.

Dengan itu, kita mungkin perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi diri dari kemungkinan penipuan, pancingan data, atau percubaan kejuruteraan sosial menyalah guna maklumat yang sediakan oleh pangkalan data.


…….

….

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.