Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir - pakdin.my

abdul-hamid-bador-mahathir-mohamad

Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menunjukkan keputusan menukar beliau adalah satu keputusan yang tepat dan sangat wajar.

Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara menyatakan kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan apa kos sekali pun.

Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri dalam daging kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana Menteri. Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog blog Gelagat Anwar.

Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya bahagian mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan, bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari ini mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas beliau sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak pentadbiran negara. Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke atas kerajaan demokrasi yang tidak sepatutnya berlaku.

Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.

Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah anggota polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun Mahathir.

Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid sepatutnya sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan Polis dan Kerajaan yang beliau perlu akur

Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.

Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini. Di mana beliau bersuara lantang?

Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan khas mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.

Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.

Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan mahu menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan disiplin yang serius.

UTAMAPOLITIKDato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium