Dato Fuad Hassan Kembali KeRahmatullah – Innalillahi wainnalilahi rajiun - pakdin.my

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada pukul 12.20 pagi Isnin.

Jasa adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Allahyarham Fuad, 62,  adalah anak kedua kepada tokoh agama dan pengajian Al-Qur’an terkenal iaitu Tan Sri Hassan Azhari. Beliau juga adalah abang kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan dan adik kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dua hari yang lalu telah menghadiri program kementerian di Kemaman, Terengganu dan telah dimasukkan ke Hospital Kemaman pada Sabtu sebelum dipindahkan ke Kuantan untuk rawatan lanjut setelah terkena serangan sakit jantung.

Sebelum dilantik sebagai ketua pengarah Jasa, Allahyarham pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal sebelum tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali dalam pilihan raya umum 1999.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas waktu Zohor, Isnin.


Innalillahi wainnalilahi rajiun

Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan 12:25am tadi.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan kekasih Allah..

Al-Fatihah..


Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan diambil oleh Pihak PDRM dan akan dimandi serta dikhafankan di IPD Kuantan. Sebaik sahaja selesai, jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. Jenazah akan dikebumikan seawal jam 11.00 PAGI di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.

Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham.

UTAMABERITADato Fuad Hassan Kembali KeRahmatullah - Innalillahi wainnalilahi rajiun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium