Datuk Abdul Rahim Ismail tinggalkan Bersatu dan kembali kepada bersama UMNO [Kenyataan Akhbar]

Saya berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa dasar inklusif yang diamalkan di era pemerintahan BN-UMNO masih signifikan untuk memacu Malaysia ke jalan hadapan.

KENYATAAN AKHBAR
—————————
Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan menyertai semula UMNO.

- Advertisement -

2. Keputusan ini bukanlah dibuat secara terburu-buru atau disebabkan beremosi, tetapi kerana mengambil kira situasi politik semasa Negara, terutama sekali di Sabah.

3. Seperti juga dengan beberapa pemimpin UMNO yang telah menyertai BERSATU, saya menaruh harapan tinggi pada BERSATU untuk menyatu-padukan masyarakat Bumiputera di Sabah, sepertimana yang dijanjikan oleh kepimpinan tertinggi parti BERSATU semasa pelancaran parti itu di Sabah pada Mei lepas.

4. Walau bagaimanapun, janji BERSATU untuk mengamalkan dasar inklusif agak samar-samar dan tidak meyakinkan, kerana parti itu lebih mengutamakan ‘selective accomodation’, iaitu memberi keutamaan kepada mereka yang ada jawatan dan kedudukan politik.

5. PRU 14 sememangnya telah merubah lanskap politik Negara, namun melihat pada situasi dan realiti politik Negara masa kini (post GE14), saya melihat bahawa perjuangan UMNO semakin relevan, terutama sekali sebagai wadah untuk menyatupadu dan membela nasib kaum Bumiputera di Malaysia dan di Sabah khususnya.

6. UMNO telah menjadi tulang belakang dalam mengamalkan dasar inklusif sepanjang era pemerintahan BN-UMNO dan tidak dapat dinafikan bahawa rakyat negeri Sabah telah menikmati pelbagai manfaat pembangunan sosio-ekonomi dan kestabilan politik sepanjang pemerintahan BN-UMNO. Saya percaya rakyat Sabah tidak mudah melupai jasa dan khidmat perjuangan UMNO. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hati rakyat Sabah masih tersangkut pada UMNO.

7. Saya berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa dasar inklusif yang diamalkan di era pemerintahan BN-UMNO masih signifikan untuk memacu Malaysia ke jalan hadapan.

DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL
Kota Kinabalu
15 Julai 2019

Berita sebelum:
Datuk Rahim dan Datuk Sairin Karno keluar PPBM dan sertai UMNO semula?
https://pakdin.my/datuk-rahim-dan-datuk-sairin-karno-keluar-ppbm-dan-sertai-umno-semula/

Berita Berkaitan

Komen

......
Comments are closed.

Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?