28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

DATUK BAHRI MOHD ZIN MAHU MELAMPAUI KUASA PEGUAM NEGARA?

apandi ali_peguam negara_derma politik

Apabila membaca laporan The Star dipaparkan hari ini, tiga kesimpulan dapat dibuat terhadap kenyataan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin:

  1. Beliau mahu menjadi Peguam Negara dan mahu melampaui kuasa Peguam Negara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
  2. Beliau sengaja mahu timbulkan persepsi negatif berterusan terhadap Perdana Menteri
  3. Beliau mahu melampaui tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai bos agensi penguatkuasa itu.

Screen Shot 2016-01-27 at 1.10.57 PM

Sebagai seorang yang pernah melakukan tugas pegawai penyiasat SPRM, sudah tentu Bahri tahu kuasa mutlak Peguam Negara berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Apakah sebelum ini Bahri pernah berbuat demikian ketika mengemukakan kertas siatasan (Investigation Paper) kepada Timbalan Pendakwaraya?

Tindakan mengeluarkan kenyataan Bahri ini dilihat sebagai dangkal dan dipercayai lebih menjurus bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Prosiding pendakwaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilakukan oleh pejabat Peguam Negara dan ini sudah diperjelaskan dan menjadi rujukan dalam mahkamah (sebagaimana kes Pendakwa Raya v. Chua Chor Kian [1998] 1 MLJ 167, Mahkamah Tinggi Melaka).

Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yakni memberikan kuasa mendakwa kepada pihak lain selain Peguam Negara adalah tidak sah dan terbatal.

Pada tahun 1997, Mahkamah Rayuan telah memutuskan dalam kes Repco Holdings Bhd [1997] 3 MLJ 681, seksyen 126(2) Akta Industri Sekuriti 1983 tidak sah kerana bertentangan dengan perlembagaan kerana memberikan kuasa mendakwa kepada Pengerusi Suruhanjaya.

Suruhanjaya Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa atas kapasitinya sendiri kerana ia jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan kuasa mendakwa secara eksklusif kepada Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya.

Screen Shot 2016-01-27 at 1.22.25 PM

Kenyataan ini bukan sahaja memperbodohkan diri sendiri apatah lagi sebagai ‘Pengarah Operasi Khas SPRM’ tetapi menjadi bahan lawak di kalangan pengamal undang-undang di negara ini.

PERKARA 145, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah.

Dalam erti kata lain, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum.

Itu sudah dimutlakkan melalui Perlembagaan Persekutuan dan agak pelik bagi seorang berjawatan pengarah dan dikatakan sudah berkhidmat dengan SPRM selama 33 membuat kenyataan sedemikian.

Kuasa kawalan pendakwaan Pendakwa Raya di bawah Perkara 145(3) perlu sentiasa dipatuhi dan tidak boleh dikompromi oleh mana-mana agensi penguatkuasa di mana sebarang ketidakpatuhan akan mengakibatkan pendakwaan menjadi tidak sah dan terbatal.

Dalam kes Pendakwa Raya v. Chua Chor Kian [1998] 1 MLJ 167, Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan perlanggaran kuasa oleh pihak polis yang memutuskan untuk mendakwa tertuduh dengan mengabaikan kuasa Peguam Negara bukan sahaja bertentangan dengan kepentingan tertuduh tetapi juga perampasan kuasa hak perlembagaan sebuah institusi menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes ini, pihak polis telah mendakwa tertuduh bagi kesalahan pemilikan dadah di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 tanpa mendapatkan pandangan dan pendapat dari Pendakwa Raya terlebih dahulu dan mengakibatkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan.

Tidak pernah lagi dalam sejarah perundangan negara, sesuatu keputusan Peguam Negara boleh dikaji dan tiada peruntukan undang-undang bagi tujuan itu, dan Bahri mengetahui hakikat ini. Sudah tentu sebagai seorang yang berpengalaman dan ‘banyak ilmu’, Bahri mengetahui akan kes-kes rujukan sebelum ini.

Sememangnya kuasa menyiasat diberikan kepada agensi penguatkuasa seperti SPRM namun keputusan dalam mentadbir pendakwaan kes jenayah bukanlah sesuatu yang mudah bagi Peguam Negara.

Sudah menjadi keperluan, beliau tertakluk kepada kewujudan bukti yang mencukupi, sekurang-kurangnya suatu kes prima facie boleh dibuktikan di mahkamah.

Malah, berdasarkan kenyataan Peguam Negara semalam, ia antara lain merujuk kepada pihak SPRM sendiri mengakui berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan Perdana Menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah.

Sudah tentu, di pejabat SPRM sendiri, terdapat Timbalan Pendakwaraya yang boleh dirujuk Bahri sebelum mengeluarkan kenyataan bagai baharu semalam bekerja di sebuah agensi penguatkuasaan.

Atau mungkinkah TPP di SPRM sendiri pelik dengan kenyataan Bahri ini?

Kenyataan Mohamed Bahri juga dilihat memperkecilkan kebijaksanaan Peguam Negara dalam menentukan sama ada sesuatu prosiding pendakwaan boleh dimulakan atau sebaliknya.

Jadi apa motif disebalik kenyataan Bahri ini? Apatah lagi, beliau mengeluarkan kenyataan pada ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri tidak berbuat demikian, hingga menimbulkan persoalan, adakah ia kenyataan berlapik kesumat dek apa yang berlaku pada Ogos lalu?

Bahri pada 7 Ogos tahun lalu, dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri namun dikembalikan ke jawatan asal masing-masing tiga hari kemudian.

bahri_mohamed_zin

Pada 3 Ogos lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bukit Aman datang ke pejabatnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan untuk rekod sejak keterangan diambil bagi membantu siasatan itu, Bahri tidak pernah didakwa di mahkamah atau ditahan reman.

Adalah lazim jika seseorang individu adalah suspek sesuatu kes, polis akan membuat tangkapan atau dipanggil hadir ke balai polis bagi mendapatkan keterangan, dan jika tidak lengkap, polis akan memohon perintah tahanan reman.

Dan tentunya Bahri tahu akan hakikat ini.

Namun, Bahri turut mengadakan sidang media di ibu pejabatnya selepas tiga jam memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis dan turut dipetik sebagai berkata:

“Saya rasa pihak polis tidak buat kerja gila macam ini, kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian.”

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...