Datuk Bandar Kuala Lumpur terima ancaman bom - pakdin.my

AHMAD PHESAL
AHMAD PHESAL

Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) dikatakan menerima ancaman oleh individu yang mahu meletupkan bom di lokasi pelancongan di ibu negara jika tidak membayarnya RM20 juta.

Ancaman dibuat menggunakan surat berdaftar yang dikirm ke pejabat Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan diterima pegawai khas beliau pada jam 10 pagi, 7 Januari lalu.

Difahamkan, surat tanpa nama pengirim itu menggunakan alamat di Pandan Jaya, Kuala Lumpur mengandungi nota ancaman tersebut sekiranya Datuk Bandar tidak memasukkan RM20 juta ke dalam lima nombor akuan bank dengan setiap satu sebanyak RM4 juta.

Pegawai Khas itu kemudian memberitahu perkara tersebut kepada Datuk Bandar dan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tarikh ancaman yang dinyata dalam surat itu sudah berlalu.

UTAMABERITADatuk Bandar Kuala Lumpur terima ancaman bom

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium