25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Datuk Eddy Choong – Legenda Badminton Negara Meninggal Dunia

Choong menunjukkan trofi yang dimenanginya dalam temu bual baru-baru ini.
Choong menunjukkan trofi yang dimenanginya dalam temu bual baru-baru ini.

GEORGETOWN: Bekas jaguh badminton negara Datuk Eddy Choong, juara kategori perseorangan empat kali pada kejohanan All England meninggal dunia pada Isnin.

Beliau berusia 82 tahun.

Seorang ahli keluarganya berkata, Choong meninggal dunia pada pukul 3 petang di Hospital Loy Guan Lye di sini selepas dimasukkan ke wad hampir seminggu.

Beliau menjuarai All England pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.

Beliau juga merupakan finalis pada 1952 dan 1957 serta menjuarai kategori beregu bersama abangnya David dari 1951 hingga 1953.

Choong juga merupakan pemain pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1955 yang memenangi trofi kejuaraan dunia.

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Komen

..