Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Berang Berhubung Isu Pemilikan Tanah @nikabdulaziz - pakdin.my

harta nik aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berang dengan isu pemilikan tanah bernilai lebih RM10 juta sekitar Kota Bharu seperti didedahkan oleh calon bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Datuk Nik Aziz menjelaskan tanah itu bukan miliknya tetapi namanya tertera di geran hanya sebagai pemegang amanah kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK.

Semalam Nik Aziz dan isterinya diminta mengiystiharkan harta berikutan didakwa memiliki 27 lot tanah disekitar Kota Bharu yang nilainya membabitkan lebih RM10 juta.

Datuk Nik Aziz didakwa memiliki 14 lot tanah di Bandar Baru Tunjung, manakala isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 13 lot sekitar Kota Bharu.

Pendedahan itu dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali selepas menerima satu sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Datuk Nik Aziz dan isterinya.

p/s: Ini nak masuk dalam bohong sunat juga? Ulama’ cuba membelit.

 

UTAMAPOLITIKDatuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Berang Berhubung Isu Pemilikan Tanah @nikabdulaziz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium