28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 15, 2021

[Video] SRC International: Terjemahan sidang media Shafee Abdullah – Datuk Suboh telah dikenakan tekanan oleh SPRM (terjemahan)

Ada yang kata mereka mahu dengar hujah peguam saya di mahkamah.

Tapi tak dapat. Apa yang berlaku? Mungkin kerana…….

Tidak apa. Tan Sri Shafee akan cuba berkongsi dengan semua sebanyak yang mungkin selepas sesi mahkamah.

Saya share video kat sini.

Facebook Najib Razak.

TERJEMAHAN:

Ada yang kata mereka mahu dengar hujah peguam #bossku di mahkamah.

Tidak apa dengar apa kata Tan Sri Shafee ?

Datuk Suboh tandatangan kerana Nik Faisal sudah tandatangan.

Anda faham?

Dan Nik Faisal telah ambil semua dokumen tersebut dan apa yang dilakukan olehnya dengan dokumen itu Datuk Suboh tidak tahu.
Tetapi apabila saya soal balas Datuk Suboh, saya tunjukkan kepada beliau 17 dokumen berkenaan yang kami copy paste di atas transparency supaya kami boleh mainkan di atas projector.
Kesemua 17 dokumen termasuk 6 dokumen yang berkaitan dengan RM 42 juta ini.


Apabila kami tindihkan setiap tandatangan dokumen itu ke atas tandatangan dokumen lain, Datuk Suboh terkejut kerana tandatangan tersebut adalah identikal (sebijik sama) dalam kesemua tandangan dokumen tadi. Maksudnya, tandatangan ini telah di cut and paste dan apabila anda meletakkan secara sejajar (juxtapose), 17 tandatangan ini kelihatan sebagai 1. Bermakna ada orang yang telah cut and paste tandatangan ini.

Dan apabila pihak pendakwaan soal balas semula Datuk Suboh, mereka juga membuktikan dengan cara yang kami gunakan bahawa tandatangan Nik Faisal pun telah di cut and paste! Yang mana ini menjadikan kes kami (pembelaan) lebih kuat.

Apa yang kita sedang katakan adalah, untuk kamu disabitkan di bawah CBT (pecah amanah) atau bagi mengatakan terdapat unsur sogokan (gratification) di bawah Seksyen 23…(iaitu keempat-empat pertuduhan yang dihadapi Najib lah. 3 CBT dan 1 Seksyen 23)…anda mesti buktikan bagaimana wang ini digerakkan keluar dari SRC. Bagaimana wang ini dikeluarkan. Inilah apa yang kami katakan actus reus iaitu perbuatan. Kita tidak berurusan dengan mens rea iaitu niat. Siapa yang gerakkan wang ini keluar?

Datuk Suboh telah berkata, “Sekarang apabila anda tunjukkan ini kepada saya dengan transparency, SPRM tidak tunjukkan saya perbandingan seperti ini, kini saya boleh katakan dengan yakin bahawa ia bukan tandatangan saya kerana ada orang yang telah copy paste tandatangan saya.

Bukan setakat itu, Datuk Suboh juga berkata dan menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau tidak pernah tandatangan dokumen itu secara fizikal. Keterangan saya sebelum ini di mana saya katakan bahawa saya nampak Nik Faisal tandatangan dulu kemudian saya tandatangan juga adalah tidak betul dan beliau mengaku membuat kenyataan bercanggah ketika diambil keterangan oleh SPRM. Beliau katakan semua ini. Sangat-sangat penting.

Malah Datuk Suboh juga kata adalah mustahil beliau tandatangan semua dokumen ini kerana saya tak pernah sebagai pengarah menandatangani mana-mana dokumen berkaitan pemindahan wang. Saya tak pernah lakukannya.

Kerana itulah saya katakan kepada mahkamah bahawa Datuk Suboh telah dikenakan tekanan oleh SPRM. Passport nya telah dirampas, beliau ditahan dan beliau dipujuk untuk balik dari luar negara. Anda ingat kan beliau lari ke Bangkok, Saudi, Dubai, Jakarta dan semua tu. Akhirnya dipujuk untuk pulang semula.

Jadi 5 keterangan beliau terutamanya 2 keterangan yang terakhir, Pegawai Penyiasat (IO) telah kata yang beliau mahu Datuk Suboh pasti yang beliaulah yang tandatangan dokumen tersebut setelah beliau katakan ada 3 dokumen yang beliau tidak tandatangan. Jadi ada elemen tekanan.

Tetapi di mahkamah Datuk Suboh rasa lebih bebas, dan beliau kata SPRM tidak menunjukkan dokumen ini seperti cara anda menunjukkannya. Anda lakukan penindihan dokumen dan saya boleh lihat bahawa tandatangan saya telah di copy paste. Sama juga dengan Nik Faisal.

Jadi dengan kenyataan sebegini adalah jelas kes pendakwaan telah gugur.

Wartawan: Keseluruhan kes jatuh?

TSSA: Keseluruhan kes itu jatuh kerana kita bercakap tentang RM 42 juta bukan? Kesemua pendakwaan ini termasuk AMLA adalah berkenaan RM 42 juta ini.

Jadi RM 42 juta ini anda tak boleh buktikan siapa yang menggerakkan wang ini keluar dari SRC, keseluruhan kes ini runtuh!

Wartawan: Saya ingin sahkan, anda sebut keseluruhan kes ini runtuh?

TSSA: Ya runtuh! Runtuh seperti susunan daun terup. Runtuh habis. Kerana itulah actus reus nya.

Siapa yang pindahkan wang tersebut, bagaimana ia dipindahkan, siapa yang luluskan kesemua ini tidak dijawab. Kerana Suboh menafikannya. Faisal pun tidak memberi apa-apa bukti berkenaan ini di dalam keterangannya. Jadi kes pendakwaan ini sepatutnya gagal.

Tapi anda tahu apa yang hakim buat dalam keputusan prima facie yang beliau tukar menjadi keputusan akhirnya, hakim kata, “Mungkin Datuk Suboh dah terlupa.”

Itulah yang dikatakannya. Suboh mungkin telah terlupa kerana beliau kena Stroke.

Suboh sendiri tak pernah kata daya ingatannya telah hilang.
Hakim pulak berikan alasan bagi Suboh sebegitu.

Jadi hakim kata oleh itu ini adalah perkara yang hakim boleh buat inference (kesimpulan sendiri). Bagaimana anda boleh buat kesimpulan sendiri apabila saksi memberikan pendirian terakhir bahawa saya tidak tandatangan dokumen ini dan ia adalah pemalsuan dokumen. Beliau katakan ia adalah dokumen palsu! Dan pasukan pendakwaan tidak soal balas beliau berkenaan perkara ini. Mereka biarkan tanpa dicabar. Ok?

Bukan saja mereka tidak cabar, mereka malah membantu kami dengan mengaku bahawa tandatangan Nik Faisal pun telah di cut and paste. Jadi sekiranya kedua-dua penandatangan itu telah dicut and paste, maka siapakah yang telah keluarkan wang RM 42 juta dari SRC dalam 3 bahagian? Siapa yang buat kiriman wang ini?

Tiada jawapan.

Jadi jika itulah kesnya, maka siapa yang ada kawalan ke atas wang ini untuk menjadikannya pecah amanah? Siapakah yang berharap mendapat manfaat?

Pastinya sekiranya ada unsur rasuah perlu ada pemberi dan penerima. Siapa yang beri (bayar)? Tiada bukti tentang ini. Kerana itulah saya katakan yang kes ini runtuh.

Hakim telah bersusah payah dan saya gunakan kata-kata ini, anda boleh petik saya:

Saya katakan bahawa ini adalah kes di mana hakim bersikap sebagai pendakwaraya ke dua. Beliau bersusah payah dan cuba menjustifikasi SP 42 dan kes pendakwaan lebih dari apa yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan. Jadi kita ada 2 pendakwaraya. Dalam mana-mana kes anda tak boleh ada dua pendakwaraya. Hakim tidak boleh turunkan tarafnya ke sebuah arena di mana ia adalah bidang kuasa pendakwaan. Anda tak boleh buat begini.
Itulah secara asasnya apa yang berlaku hari ini. Point utama.
Soalan wartawan (kurang jelas) berkenaan SP 42.

TSSA: Ada 3 cara anda boleh melihat SP42.

Yang pertama, oleh kerana keterangan bercanggah yang saksi ini lakukan, beliau perlu disingkirkan dari menjadi saksi kerana tidak boleh dipercayai. Dan apa yang beliau katakan di dalam keterangan saksinya dan kemudian beliau menarik balik ketika soal balas. Dan tidak ada langkah pembetulan olen pihak pendakwaan ketika pemeriksaan semula mereka. Itu cara pertama.

Cara kedua adalah anda boleh memilih secara selektif (cherry picking). Sekiranya anda cherrypicking, anda mesti berpegang dengan pendirian terakhir saksi iaitu ini bukan tandatangan saya. Ada orang telah memalsukan tandatangan saya. Jadi sekiranya anda percaya saksi ini bahawa ia adalah pemalsuan dokumen, kami tetap menang kes ini kerana tidak ada orang yang boleh memberi kesaksian siapa yang menggerakkan wang tersebut. Kerana saksi katakan beliau tak arahkan keluar wang dan begitu juga dengan Nik Faisal.


Soalan wartawan: Maaf TS…anda sebut cherry picking tadi. Apakah anda katakan hakim telah cherry pick apa yang beliau mahu….

TSSA: Tidak. Maksud saya anda boleh buat kaedah cherry picking ini. Ia adalah kaedah yang dibenarkan. Tetapi hakim ini tidak melakukan cherry picking. Beliau telah mengalih kedudukan bagi menyelamatkan kes pihak pendakwaan yang tidak boleh dipertahankan. Beliau ubah peranan. Beliau bertindak sebagai pendakwaraya kedua!

Anda boleh petik sebegitu kerana saya katakan demikian di mahkamah terbuka tadi.

Ya beliau telah bertindak menyelamatkan pihak pendakwaan dengan bertindak sebagai pendakwaraya ke dua.

Terdapat kes-kes sebegitu yang mana hakim bertindak sebagai pendakwaraya ke dua. Banyak kes. Pagi esok saya akan sebutkan kes-kes contoh sedemikian di mahkamah,

Soalan wartawan (audio kurang jelas): Boleh saya dapatkan penjelasan, anda katakan tadi sekiranya hakim menolak Suboh, sepatutnya DSN tidak dipanggil untuk membela diri pun?

TSSA: Ya. Pada peringkat prima facie itu sepatutnya pembelaan diri tidak berlaku.

Kerana elemen major untuk menunjukkan bagaimana wang ini keluar dari SRC telah musnah. Dan bagaimana wang ini masuk ke akaun anak guam saya dari sumber-sumber tidak langsung, bagaimana wang ini pergi ke Mentari dan akaun-akaun lain? Jadi bagaimana wang ini keluar dari SRC adalah merupakan soalan paling penting kerana ia adalah wang SRC. Siapa yang menjadi punca pengeluaran wang ini? Ok?

Terima kasih.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.