24.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Datuk Wan: SU Agung PKR wajar minta maaf

Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar

PUTRAJAYA – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa beliau ahli Umno dan tidak wajar menyandang jawatan itu.

Sambil menyifatkan aspek tindakan perundangan sebagai soal kedua, Wan Ahmad berkata, beliau masih berharap Saifuddin akan membuat permohonan maaf berhubung dakwaannya, yang dibuat genap sebulan lalu.

Difahamkan beliau membuat laporan polis minggu lalu, mendakwa beliau difitnah oleh Saifuddin.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian 25 April lalu, Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli Umno.


“Datuk Saifuddin telah membuat satu kenyataan fitnah, yang mana apa yang beliau perkatakan adalah tidak betul. Saya harap beliau mengaku silap dan minta maaf… kita silap, kita minta maaf.

“Beliau masih boleh minta maaf. Soal perundangan (siasatan), itu soal kedua,†kata beliau kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena temu bual eksklusif di pejabatnya di sini, semalam.

Sambil menekankan bahawa beliau tidak mahu membesar-besarkankan isu ini, Wan Ahmad berkata, “biar polis lakukan siasatan.â€

“Saya serahkan kepada polis,†katanya sambil menambah, “soal undang-undang lain kan, soal peribadi lain.â€

“Saya sedang fikir secara serius… secara serius. Ruang kemaafan masih ada,†katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat, Wan Ahmad berkata, “sebenarnya mudah sahaja. Kalau dia seorang yang bertanggungjawab, dia dah terlanjur kesilapan , terbukti, kita cakap mengenai fakta fitnah, mudah, kata saya menarik diri dan minta maaf di atas apa-apalah.. itu kebiasaan,†katanya.

Saifuddin mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan kedua-dua mereka dalam Umno dan turut mencabar mereka menafikannya.


“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),†katanya.

Menurut Saifuddin, jika mereka enggan menafikannya, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan.

Dua hari kemudian Saifuddin menamakan cawangan kedua-dua mereka menjadi ahli Umno.

Pada awalnya, Wan Ahmad berkata beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno, tetapi kemungkinan didaftarkan oleh rakannya pada 1980-an.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan itu.

Kemudian Saifuddin mengeluarkan nama cawangan kedua-dua menjadi ahli Umno.


Siasatan Sinar Harian mendapati Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan Saifuddin, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi SPR.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Saifuddin sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

“Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,†kata Wan Ahmad, seorang peniaga kedai makan.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...