Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas PDRM

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Indekos diduga tempat prostitusi digerebek di Jakarta Timur

Sudah langsung kita segel, sekarang masih proses penyelidikan Jakarta (ANTARA)...

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy...

Tujuh pengarah baharu bagi jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara 61 pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran pasukan keselamatan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas dan  Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kassim yang dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Selain itu, Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi mengisi jawatan ditinggalkan Ramli.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Datuk Azri Ahmad sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard manakala Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Mohd Kamarudin Md Din sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandarguru berkata selain mereka, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Datuk Azisman Alias masih kekal memegang jawatan itu namun beliau memangku pangkat CP.

Beliau berkata dalam kenyataan malam ini, Timbalan Pengarah JKDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Datuk Mastor Mohd Ariff dilantik sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) dengan memangku pangkat CP manakala Setiausaha PDRM Datuk Ramli Mohamed Yoosuf sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat CP.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan
/ Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP dan Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa sebagai Ketua Polis Terengganu dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan dilantik sebagai Setiausaha PDRM dengan memangku pangkat DCP.

— BERNAMA

BACA juga:

Leave a Reply