DBKL Serah Kunci Rumah Kepada 35 Keluarga Penghuni Flat Kampung Kerinchi Yang Enggan Berpindah Sebelun Ini - pakdin.my

Flat Kampung Kerinchi

KUALA LUMPUR  — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Rabu menyerahkan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 22 keluarga di kawasan perumahan Flat 17 Tingkat, Kampung Kerinchi di sini.

Mereka adalah antara 35 keluarga yang sebelum ini enggan berpindah ke kediaman baru yang disediakan DBKL sejak tahun 2009, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL Sukiman Surahman.

Beliau berkata penyerahan kunci dan perpindahan penduduk di flat itu merupakan fasa terakhir dan berharap mereka dapat mengosongkan kediaman masing-masing dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 10 April.

“DBKL berpuas hati kerana baki 35 keluarga yang enggan berpindah sebelum ini telah bersetuju berbuat demikian walaupun masih ada 13 keluarga yang tidak hadir untuk mengambil kunci rumah baru mereka.

“Mereka yang belum mengambil kunci boleh berbuat demikian di pejabat pemaju yang terletak berhampiran kawasan ini…kami turut menyediakan kemudahan lori pada hari ini dan esok bagi memudahkan kerja mengangkut barang dan proses pemindahan mereka,” katanya.

UTAMABERITADBKL Serah Kunci Rumah Kepada 35 Keluarga Penghuni Flat Kampung Kerinchi Yang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium