Debat Tony Pua-Arul Kanda, Speaker tetapkan peraturan (video) - pakdin.my

https://www.youtube.com/watch?time_continue=67&v=jz8J34VxFVU

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu debat mengenai 1MDB antara Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua diadakan selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selesai siasatan membentangkan laporan siasatan mengenai 1MDB kepada Majlis.

Ini kerana ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat 85  yang melarang mana-mana jawatankuasa Pilihan mengeluarkan atau menyiar apa-apa surat sebelum jawatankuasa membawa penyata itu kepada pihak Majlis.

Bagaimanapun,kata Pandikar Amin, jika debat itu masih mahu diteruskan, Ahli Parlimen  DAP itu mesti meletak jawatan sebagai jawatankuasa PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana bahagian siasatan atau prosiding PAC ke atas 1MDB.

Manakala Arul Kanda Presiden 1MDB yang merupakan saksi siasatan juga tidak boleh lagi melibatkan diri dalam mana-mana siasatan atau prosiding PAC.

Menurut Pandikar Amin, ini bagi mengekalkan ketelusan siasatan PAC selaras peraturan Majlis Dewan Rakyat  sebelum penyata atau hasil siasatan dibentang pada Majlis.

Beliau membuat ruling itu ketika isu perdebatan antara Arul Kanda dan Pua sedang hangat diperkatakan banyak pihak.

Pandikar Amin dalam pada itu menegaskan, beliau akan meletak jawatan sebagai Speaker sekiranya kerajaan bertegas meneruskan debat terbuka itu.

Ikuti video penjelasan Pandikar Amin di Dewan Rakyat pagi Selasa mengenai isu tersebut.

UTAMAEDITORIAL1MDBDebat Tony Pua-Arul Kanda, Speaker tetapkan peraturan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium