Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Global

All countries
230,645,683
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
205,650,581
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
4,727,839
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Deejay umpama hero

KEKAL atau setia terperuk di rumah dengan harapan untuk melihat sinar baharu yang kebelaka­ngan ini dimendungkan pandemik Covid-19 bukan satu tanggungjawab mudah.

Namun, itu satu perkara yang terpaksa dilunaskan rakyat Malaysia demi melandaikan lengkung penularan wabak maut tersebut.

Rasanya bukan penulis seorang yang kecewa dan mengeluh panjang apabila Malaysia merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu lebih 11,000 kelmarin, semestinya perasaan kurang senang itu turut dirasai lebih 30 juta penduduk lain negara tercinta ini.

Tulisan ini mungkin bersifat pengulangan intinya kerana acap kali diketengahkan orang ramai namun tidak boleh dinafikan, beban yang ditanggung ramai sekarang disebabkan permasalahan Covid-19 boleh memberikan impak besar terhadap kesihatan mental seseorang.

Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Bukan berniat untuk menye­marakkan lagi api ‘copycat suicide’ tetapi adalah amat penting buat masa sekarang buat rakyat Malaysia untuk tidak berasa segan bercakap secara terbuka tentang perihal ini.

Kesihatan mental atau pe­nyakit berkaitan kemurungan bukan sesuatu yang boleh diukur atau dilihat dengan mata kasar. Ia tiada luka dan tidak berdarah namun boleh membuatkan seseorang hilang pertimbangan dan bertindak sehingga menamatkan riwayat sendiri.

Justeru, adalah penting pada waktu yang sangat genting sekarang untuk kita saling bertanya khabar dengan orang-orang terdekat.

Perkara itu diakui bekas pe­nyampai radio (Deejay) popular, Habsah Omar ataupun lebih dikenali sebagai Abby Fana. Katanya, ketika bertugas di konti radio dahulu, ramai yang menghubunginya semata-mata untuk meluahkan masalah hidup.

“Bukan senang orang nak buka mulut (tentang masalah depresi) yang mereka alami. Kadang-kadang mereka hanya perlukan seseorang untuk mendengar masalah sahaja.

“Usaha kita menjadi pende­ngar yang baik boleh menyelamatkan nyawa orang lain. Saya pernah jadi penyampai radio, saya sentiasa ingatkan diri yang saya mesti jaga rahsia para pendengar.

“Budaya di Malaysia yang kadang-kadang suka menghukum membuatkan kita sendiri tersepit dengan masalah berkaitan despresi. Terutama waktu sekarang, penting untuk kita mendengar apa masalah hidup yang sedang dialami insan sekeliling dan tidak bersifat ‘judgemental’,” kata Abby.

Dalam pada itu, bersetuju dengan pernyataan tersebut, pendakwah bebas, Imam Muda Azhar bagaimanapun turut me­nyarankan agar orang ramai bertemu kedamaian jiwa dengan mendekatkan diri terhadap hal rohani.

“Zaman pandemik sekarang adalah sangat mencabar buat kita semua. Ada yang sampai bunuh diri sebab tertekan.

“Nasihat saya, apapun perlu balik kepada agama juga. Di situ ada ketenteraman. Ada ubat atau vaksin namanya iman. Insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Penulis juga berkesempatan mengadakan sesi Google Meet bersama kawan-kawan universiti baru-baru ini. Selain berborak tentang perkembangan hidup dan kerjaya terkini, seni berkenaan turut menekankan tentang penjagaan kesihatan mental.

Siapa tahu, dalam kita nyenyak beradu pada waktu malam, ada yang matanya terkebil-kebil memikirkan tentang permasalahan hidup. Ada yang cemas mendengar siren ambulans dan hatinya meronta-ronta memohon pertolongan namun tidak berjumpa jalan keluar.

Berkaitan