32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

Deklarasi Rakyat pun ada "Petandatangan Hantu" aka "Pengundi Hantu"

Sebenarnya, ia bukanlah “Petandatangan Hantu” tetapi “Pengundi Hantu” sebutan yang sesuai – selaras dengan modus operandi dan slogan Pakatan.

Mudah-mudahan dua orang ini akan mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka tidak berada di sana dan tidak menandatanganinya. Tidak mungkin Muhyiddin dan Mukhriz sebab mereka ada bersama disana.

Atau mungkin mereka berkata mereka berada di sana untuk memberikan sokongan moral tetapi sebenarnya tidak menandatangani?

—-
Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Mohd Zaman Khan Rahim Khan telah sekeras-kerasnya menafikan menandatangani akuan menyokong penyingkiran Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Beliau melahirkan rasa terkejut apabila mendapati namanya tersenarai antara orang-orang yang telah menandatangani perisytiharan itu, yang disiarkan dalam media.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang namanya disebut sebagai salah seorang penandatangan Deklarasi Rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, berkata beliau tidak menyokong usaha tersebut.

“Saya tidak berada di sana, malahan saya tidak menyokong, “katanya ketawa.


http://m.malaysiakini.com/news/333036

https://m.malaysiakini.com/news/332847

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.