Deklarasi ulama pondok haram undi pembangkang #PRU13 - pakdin.my

PENASIHAT Minda Pondok, Abdullah Annnajmi Saamah (duduk tenga) bersama sebahagian ulama pondok dan sekolah agama rakyat ketika membentangkan deklarasi Persidangan Ulama Pondok, SAR dan Tahfiz kepada pihak media di Bendong, Gurun
PENASIHAT Minda Pondok, Abdullah Annnajmi Saamah (duduk tenga) bersama sebahagian ulama pondok dan sekolah agama rakyat ketika membentangkan deklarasi Persidangan Ulama Pondok, SAR dan Tahfiz kepada pihak media di Bendong, Gurun

GURUN 8 April – Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.

Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.

Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Persidangan Ulama bersama guru pondok dan Sekolah Agama Rakyat turut menasihati umat islam supaya berhati-hati dengan muslihat parti pembangkang yang cuba meraih sokongan.

Persidangan yang diadakan di Gurun Kedah itu juga membuat ketetapan mengajak umat islam melakukan solat hajat di seluruh negara bagi memohon kepada Allah agar agama dan akidah ummah terpelihara.

UTAMAPILIHAN RAYADeklarasi ulama pondok haram undi pembangkang #PRU13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium