Demi martabat politik Melayu, Dr Mahathir pula diajak sertai UMNO, Pas

Menyahut seruan agar orang Melayu bersatu, ahli jawatankuasa Pas hari ini menyeru Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua orang Melayu untuk bersama-sama Pas dan UMNO demi agenda perpaduan ummah.

Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, PAS dan UMNO sudah memulakan agenda perpaduan ummah yang lebih besar matlamatnya dari hanya mahu menyelamatkan kroni dan legasi.

Muafakat perpaduan ummah yang sedang diusahakan bukan ideologi ataupun agenda sempit politik perkauman yang seperti dihebohkan.

Sebaliknya, ia mengangkat martabat dan politik orang Melayu di tempat yang sepatutnya sesuai dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan tanpa meminggirkan mana-mana kaum mahupun agama, memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan juga kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang dan tonggak negara.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa adalah benar orang Melayu sudah berpecah dan berkecamuk. Perpecahan tersebut bertambah buruk dengan wujudnya satu lagi parti politik orang Melayu dengan menjadikan terlalu banyak parti politik untuk orang Melayu lalu orang Melayu berpolitik tidak tentu arah hingga menjadi hanyir.

“Dengan terlalu banyak parti politik untuk orang Melayu, fokus dan agenda untuk orang Melayu sudah berkecamuk dan hanya untuk kepentingan segelintir pihak yang berkepentingan sahaja.

“Saya turut bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir jika orang Melayu kuat dan bersatu padu, nescaya segala perancangan, agenda dan fokus untuk orang Melayu terutamanya untuk sektor ekonomi, pembangunan modal insan dan meningkatkan taraf hidup orang Melayu dapat dicapai dengan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Namun, tambahnya, ramai yang tidak menjangkakan orang Melayu berada dalam keadaan begitu lemah seperti sekarang terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Jelasnya, bukan kerana UMNO dan BN tumbang sebagai Kerajaan Persekutuan tetapi kerana orang Melayu merasa cukup terkesan betapa kurangnya jumlah kerusi Parlimen mahupun Dewan Undang Negeri yang dikuasai orang Melayu yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan polar kuasa pemerintahan dalam negara walaupun orang Melayu adalah majoriti dan dominan di dalam negara.

Tetapi beliau tidak bersetuju dengan saranan Dr. Mahathir agar kesemua orang Melayu bersatu di bawah satu parti iaitu PPBM.

“Saya merasakan saranan tersebut sudah agak lapuk dan ketinggalan arus perdana. Saya sarankan agar Tun Dr. Mahathir dan PPBM untuk bersama dengan PAS dan UMNO dalam agenda muafakat perpaduan ummah yang sedang diusahakan masa kini,” katanya.

Setelah hampir 62 tahun kita merdeka, orang Melayu masih lagi ketinggalan dalam pelbagai sudut samada ekonomi, pendidikan mahupun pembangunan modal insan.

Apa yang diusahakan dalam muafakat perpaduan ummah bukan hanya sekadar untuk mengangkat kembali martabat dan kuasa politik orang Melayu, tetapi adalah untuk meletakkan kembali agenda dan fokus untuk orang Melayu di tempat yang betul dan sepatutnya agar orang Melayu maju, berkaliber dan mampu berdaya saing samada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu saya menyeru Tun Dr. Mahathir dan semua orang Melayu agar bersama-sama PAS dan UMNO dalam agenda perpaduan ummah. Cukup-cukuplah dengan apa yang telah berlaku, ianya jelas tidak menguntungkan sesiapa. Umpama pepatah Melayu “ Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya .

“Jangan jadikan diri kita sendiri “ Petualang “ yang menghancurkan masa depan dan kesinambungan politik orang Melayu,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

28 KOMEN

  1. Mahathir muka tak pemalu.

    MAHATHIR KHIANAT SEMUA BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA. MAHATHIR PUNCA PAS KELUAR UMNO. MAHATHIR PUNCA PKR DITUBUH. MAHATHIR CIPTA PPBM. MAHATHIR JILAT DAP. MAHATHIR YANG PECAH BELAHKAN MELAYU SAMPAI HANCUR DIHINA DAP.

    Tup-tup, boleh pulak mintak melayu bersatu ajak pas umno bersama. Tak ke haram jadah? Bukan ker umno tu penyamun hang kata? Mahathir takde maruah langsung!

  2. Kalau dia ingatkan politik ni untuk perpaduan ummah demu islan yang sebenar2 rakyat harus berfikir dgn cara bijak mesti pilihan terbaik umnopas tak rasa pening dan haru biru selalu nya

    • Putra Zack ckp guna otak…..bukan umno tk bole trima krjasama dgn pas…..saka tua yg tolak…..sejak krjaan dlm tgn najib/umno….krjsama dgn pas mula brtunas……bodoh tu smpn ckit utk ank cucu….

    • Ni Azahar Md Din.. aku rasa bengap hg tu yg patut hg simpan dlm jamban… xyah turun kat anak cucu hg plak…melarat depa esok ni.

      Ni mangkaq..tang mana plak aku habaq UMNO xblh kerjasama ngan PAS… Ni la padah main serbu tembok..

      Aku malas nk ulang..hg pi baca balik la apa aku komen awai tadi…

    • Muhammad Ruzi dalam bahasa kasaq aku ni maksudnya klu si Tun dok dlm PAS, dia xblh nk mengarah suka2 hati dh..xda kroni2 dh..itu pun kalau dia ikhlas nk bersatu padu demi bangsa Melayu la.. org UMNO mmg xtrima perangai Touch N Go ni..

      Bahasa lembut aku plak…selagi dia bernyawa, selagi beragama Islam, org Islam lain perlu maafkan kesalahan dan kesilapan dia..bab Tuhan nk trima ka x, tu urusan-Nya..

      *ni statement aku ni baca biaq paham..xpaham blh tnya aku balik…xpayah wat andaian sndri*

  3. Tak payah kaki2 menipu ni nk join kita…ingat dlm ph ni …lgbt ada…islam liberal ada…munafik ada…anti islam ada….anti melayu ada…mcm2 lagi ada…tak payah buat melingkup saja….

  4. POHON SEMUA Banyakkan Doa Supaya Kerajaan PH memerintah Malaysia harini tidak sampai Sepenggal pon dah Tombang Insyallah dan digantikan dengan Muafakat Membawa Berkat BNnPAS . Doa2 dari Rakyat Marhaen Yg Ditipu dan diZalimi serta Dianiyai Tiada Hijab Insyallah. Aamiin.

    ..Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.

    Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

    This is what We Achieved…Pencapaian Pakatan Harapan (as BONEKA DAP) Dlm.masa 12 BULAN…
    1. Hapus tol = tipu
    2. Hapus ptptn = tipu
    3. Hapus AES = tipu
    4. GST 6% jadi SST (lagi bnyk pelari cukai)
    5. Minyak Rm1.50 = tipu
    6. Kurangkan kos hidup = tipu
    7. Turun harga barang = tipu . ?
    8. Turun harga kereta = tipu
    9. Hapus hutang peneroka Felda = tipu
    10. Tiada lantikan politik dalam GLC dan sektor awam = tipu.
    11. Pendidikan percuma = tipu
    12. Tiada lantikan politik jadi duta = tipu
    13. Harga telur naik TAKTIPU
    14. Tutup Lynas = tipu
    15. Lantikan Pesuruhjaya SPRM oleh parlimen = Tertipu Koyak abis mcm Tipah
    16. Pisahkan Pejabat Pendakwaraya
    drp Pejabat Peguam Negara = tipu
    17. BRIM orang bujang diturun drp RM450 kpd RM100 Tak Tipu
    18. 1 juta peluang pekerjaan = Tipu
    19. Gaji minimun RM1500 = Tiipu
    20. Beri Rm150 pada semua warga emas = Tipu
    21. Siaran percuma bola sepak liga perdana inggeris = Tipu
    22. 1 juta rumah mampu milik =Tipu
    23. Beri Rm500 pada anak muda yang berkahwin = Tipu
    24. Menambah 10 ribu bas ke seluruh negara = Tipu
    25. Batal caj renew lesen motor = Tipu
    26. 200 ribu peluang kerja di sabah & serawak = Tipu
    27. PH MA63 bill di parliament = Tipu (cosmetic sahaja , takda perubahan, downgrade status lagi)
    28.Nak bawak Masok Negro keja sini naik Keta Terbang ker?lom Tipu lagi kot?
    and Finally Kelaut jugak Manifesto2 Korang abis suma TIPAH2 TERTIPU .

  5. Sebaik-baiknya jangan bawa mereka masuk UMNO semula, setelah banyak kerosakan yang mereka akibatkan. Mahathir meninggalkan parti dan menubuhkan PPBM, Muhyidin Yassin di tendang keluar, Stopa & 5 orang UMNO yang lain tu meninggalkan UMNO dan membawa lari kerusi milik UMNO jangan dibenarkan masuk semula.

  6. Main2 la awak org ni apa lah…. MR LIM GUAN ANG jadi perdana menteri baru tau…. sarban pun x boleh padan dng MUKA…..x kisah lah pati apa…janji melayu bersatu….jng marah ya syggggg

Comments are closed.