26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Demi Memujuk Hati DAP, Mahathir Sanggup Buat Apa Sahaja

Hadir konvensyen DAP, hadir pejabat DAP, tarik balik gelaran rasis Kit Siang dan anggap DAP bukan lagi “syaitan’. Mahathir sanggup buat apa sahaja demi memujuk hati DAP.

Ingatkan tidak puas hati sebab tanah runtuh, rupanya ada sebab lain. Tidak puas hati dengan Mahathir rupanya. ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa kerjasama DAP de­ngan Mahathir menjadi punca mengapa beliau membuat keputusan mahu me­ninggalkan DAP.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Dr. Mahathir juga tidak mempunyai agenda yang jelas dan hala tuju yang boleh dipersoalkan. Sebenarnya gabungan DAP, PKR dan PAN sudah cukup baik dan tidak memerlukan penglibatan PPBM,” kata Teh Yee Cheu dalam satu sidang akhbar pada 1 November 2017.

Bukan Teh Yee Cheu sahaja yang membalun Mahathir, bekas bekas tahanan ISA semasa zaman Mahathir juga mengecamnya.

Mereka anggap Mahathir kini merapu banyak dan tidak layak bercakap soal kleptokrasi lagi. Kecaman terhadap Mahathir itu disuarakan dalam Forum Awam ‘Sisi Cerita Saya’ sempena tiga dekad Operasi Lalang yang diadakan pada 29 Oktober 2017.

“Sejak bersara, beliau asyik merapu saja setiap kali orang tanya mengenai Operasi Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987.

Justeru, tiada istilah taubat dalam kamus Dr M (Tun Mahathir). Selepas 30 tahun, tiba-tiba beliau hanya tahu jawab ‘eh, saya tak ingatlah apa yang terjadi’,” kata Dr Kua Kia Soong, Penasihat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Nampaknya bukan Hadi Awang dan Nik Abduh sahaja yang desak Mahathir bertaubat, bekas tahanan ISA pun mahu Mahathir bertaubat.

Teh Yee Cheu dan Dr Kua Kia Soong dan bekas bekas tahanan ISA adalah aktivis yang punyai pengikut dan pengaruh tersendiri. Mereka menentang kuat hubungan Mahathir dalam DAP. Apa pilihan yang ada pada Kit Siang? Mahathir sudah beri derma RM1 billion, terpaksalah juga bersekongkol dengan Mahathir .

Bagi Mahathir pula, dia akan buat apa sahaja demi memujuk DAP agar tidak meminggirkannya. Parti PPBM tidak buat mesyuarat agung pada 9 September lepas tidak penting baginya. Biarlah majlis itu jadi hari jadi atau apa pun, itu tidak penting bagi Mahathir. Apa yang penting bagi Mahathir sekarang adalah hubungannya dengan DAP.

PPBM jadi haram di sisi ROS pun Mahathir tidak kisah lagi. Berapa ramai ahli PPBM pun Mahathir tidak kisah. Ahli ahli PPBM hendak bergaduh sesama sendiri pun Mahathir tidak kisah. Paling penting dan utama bagi Mahathir adalah parti DAP sahaja. Lantaklah apa hendak jadi dengan PPBM pun.

Terbaru, selepas dikritik hebat oleh bekas bekas tahanan ISA, Mahathir menyatakan dia rela dipersalahkan di atas seksaan yang dialami oleh tahanan berkenaan. Namun masih enggan memohon maaf secara terbuka kepada mereka.

Untuk rekod, sebanyak 106 orang telah ditahan tanpa bicara manakala lesen penerbitan tiga buah akhbar ditarik balik semasa Ops Lalang diadakan pada 27 Oktober 1987.

Hanya kerana mahu memujuk hati DAP, Mahathir yang sudah masuk kem pembangkang, rela pula dipersalahkan. Beliau sanggup melakukannya demi DAP.

Tapi untuk PKR, sehingga sekarang Mahathir tidak meminta maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya atas tuduhan liwat. Sampai Wan Azizah menangis nangis baru baru ini, pun Mahathir masih “buat bodoh” sahaja.

Dalam kes Anwar, Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan ia sebagai satu “kejadian masa lalu”. Bila ditanya hal liwat ini, Mahathir merapu dan alih topik lain.

Sementara dalam isu Ops Lalang, Mahathir sekali lagi cuba mengelak diri dengan memberitahu bahawa  keputusan untuk menangkap seseorang bukan terletak di tangannya dan kononnya beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dihapuskan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun.

“Mereka (polis) tidak setuju,” kata Mahathir dalam catatan terbaru di blog beliau. Mahathir mula reka cerita dan cakap merapu.

Jika Mahathir betul-betul serius, sudah lama beliau memansuhkan ISA. Namun beliau tidak berbuat demikian hingga digelar sebagai maha zalim dan maha firaun serta diktator.

Yang menggelarnya diktator itu pula kini duduk semeja dengan Mahathir iaitu Lim Guan Eng yang pernah menjadi mangsa tahanan Op Lalang itu. Hanya pada 2011, ISA dan Akta Buang Negeri 1959 telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib yang hapuskan ISA ini. Apa lagi yang hendak aktivis aktivis hak asasi ini hendak kata? Tentulah Najib lebih demokratik berbanding Mahathir. Usahlah bekas bekas tahanan ISA ini percaya dengan pujuk rayu dan helah Mahathir itu.

Diktator yang sebenar adalah Kit Siang dan Mahathir. Mereka berdua ini sudah ada perjanjian sulit  untuk kesenangan anak dan kroni mereka sahaja. Oleh itu, Mahathir akan sanggup buat apa sahaja untuk pujuk hati Kit Siang dan DAP.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...