Dendam DAP terhadap PAS tidak pernah padam – Mustafa Ali - pakdin.my

mustafa-guan-eng-celupar

Hubungan yang keruh di antara PAS dan DAP makin menjadi-jadi setelah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa kaum Melayu terutama ahli dan penyokong PAS telah lama terpedaya dengan mitos politik yang diwar-warkan oleh pemimpin PAS selama ini kononnya PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Menurut Pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali (gambar), Kit Siang perlu menyemak dahulu fakta sebelum melontarkannya dan ia jelas menunjukkan bahawa dendam DAP terhadap PAS tidak pernah padam.

“Dari mana sumbernya yang Lim ambil menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS?

“Seorang pemimpin politik yang rasional, betapa tinggi pun kemarahannya terhadap sesuatu mesti menyemak dulu fakta sebelum melontarkannya,” Mustafa Ali dipetik seperti berkata dari portal lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Tambahnya lagi, sebelum Kit Siang membuat sebarang tuduhan yang melulu terhadap PAS, beliau harus menyemak faktanya terlebih dahulu dengan ahli Amanah di mana ahli di dalam parti tersebut merupakan bekas ahli PAS dan sudah tentu mereka tahu tuduhan Kit Siang itu adalah tidak betul.

“Beliau hanya perlu bertanya sahaja kepada kawan-kawan beliau pemimpin Amanah yang berasal dari PAS – apakah selama mereka berada dalam PAS mereka turut beranggapan PAS adalah Islam dan Islam itu adalah PAS sebagaimana yang dicanangkan oleh Kit Siang?

“Saya menasihatkan Lim supaya lebih berhati-hati dalam kenyataannya yang berkaitan dengan Islam. Janganlah beliau merasakan beliau sudah memahami Islam setelah bertemu dengan beberapa tokoh Islam dunia,” tegas beliau.

Mustafa Ali yang merupakan bekas Setiausaha Agung PAS berkata demikian merujuk tuduhan yang dilemparkan oleh Kit Siang baru-baru ini mengatakan kaum Melayu perlu berhenti daripada mempercayai mitos (PAS itu Islam, Islam itu PAS) jika berhasrat melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang harmoni, bersikap sederhana dan mempunyai masyarakat plural yang berjaya.

Kata Kit Siang, tiada apa yang boleh menjadi lebih memecah-belahkan dan menjejaskan matlamat untuk memupuk minda Malaysia yang progresif dan inklusif daripada meragui pegangan agama orang lain hanya kerana mereka bukan penyokong parti politik tertentu,

UTAMAPOLITIKDendam DAP terhadap PAS tidak pernah padam – Mustafa Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium