Dera Anak 5 Tahun: Tempoh Reman Ibu Bapa Dilanjutkan - pakdin.my

dera-anak-5-tahun-ipoh

IPOH: Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.

Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.

Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.

Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya.

Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu.Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat.

Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.

UTAMABERITADera Anak 5 Tahun: Tempoh Reman Ibu Bapa Dilanjutkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium