26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Derma RM2.6 Bilion Bukan Dari Dana Awam, 1MDB – Najib

src-international-sprm

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan,” kata Najib dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Perhimpunan Agung UMNO ke-69 akan bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib berkata Muhyiddin juga telah berbincang dan mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri.

“Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya,” kata Presiden UMNO itu ketika ditanya adakah Muhyiddin tidak mendapat maklumat penuh berkaitan 1MDB.

Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet, Julai lepas.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika ini juga pelbagai sesi penerangan telah dan sedang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau turut memperjelaskan sekali lagi berkaitan kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut.

“Kita ada pelan rasionalisasi dan keadaan ini mungkin tidak akan berlaku kalau IPO (terbitan awam permulaan) pada bulan November 2014 itu telah dapat kita lancarkan,” katanya.

“Apabila sentimen terlalu negatif dan isu ini telah dipolitikkan, jadi suasana pada masa itu tidak menggalakkan pelabur-pelabur bagi menimbulkan keyakinan pada mereka untuk membeli saham-saham dalam 1MDB,” katanya.

Najib berkata keadaan itu menyebabkan IPO tidak dapat dilancarkan dan menyebabkan hutang tidak dapat dikurangkan.

Sebagai ganti, pelan rasionalisasi 1MDB telah diumumkan sebagai usaha mengurangkan hutang syarikat strategik pelaburan kerajaan itu.

“Saya kata berilah tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa masalah 1MDB dapat diselesaikan. Kabinet bersetuju dan saya pun telah membuat pengumuman secara terbuka dan kita dalam proses menyelesaikan masalah 1MDB.

“Kita telah dapat lihat bahawa ada tanda-tanda isu ini memang boleh diselesaikan terutama sekali apabila Edra (Edra Global Energy Bhd) telah dijual dan jumlah hutang dengan penjualan tersebut telah susut lebih kurang RM17 bilion,” jelasnya.

Edra, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya, CGN Group untuk RM9.83 bilion.

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...