26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Derma RM2.6 Bilion Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kata Pengerusi PAC

1mdb-growth

Derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.

Beliau menegaskan kedua-dua isu itu berbeza dan ini perlu dijelaskan kepada rakyat.

“Anda perlu faham bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion adalah sama sekali berbeza. 1MDB tidak ada kena mengena dengan RM2.6 bilion…biar orang awam tahu kedua-duanya isu yang berasingan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat bersama beberapa pihak berkaitan projek akuakultur di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Katanya kesimpulannya itu dibuat berdasarkan laporan interim siasatan Ketua Audit terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.

Dalam pada itu Hasan berkata PAC tidak akan memanggil Perdana Menteri untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB kerana berpendapat ia tiada keperluan.

“Tidak perlu lagi,” katanya ringkas selepas didesak pemberita untuk mengulas sama ada barisan PAC yang baharu kali ini akan memanggil Najib, selepas pengerusi jawatankuasa sebelum ini Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini menyatakan bahawa Najib akan dipanggil jika ada keperluan.

Ditanya mengenai laporan PAC berkenaan isu 1MDB itu, Hasan berkata ia akan dilaksanakan dengan harmoni serta objektif dan berharap ia dapat dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Katanya PAC akan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas penjawat jawatan itu, Datuk Mohd Shahrul Ibrahim Halmi, minggu depan.

“Mereka (Arul dan Mohd Shahrol) adalah dua individu penting yang kami ada yang perlu dipanggil dahulu dan diikuti individu lain jika kami fikir perlu dipanggil,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...