27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Desak tarik balik lantikan Eric Paulsen anti-Islam sebagai ahli MPKM

Pernah tuduh JAKIM sebar fahaman ekstremis melalui khutbah

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dilihat kurang bijak dan hanya menjatuhkan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila melantik individu anti-Islam, Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, Eric Paulsen sangat terkenal dengan imejnya membenci Islam, dan pernah mengeluarkan kenyataan bersifat rasis dan ektremis.

Bahkan katanya, Eric Paulsen juga terkenal mempromosikan dan menyokong kuat pelbagai aliran sesat serta fahaman yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks songsang.

Mewakili umat Islam yang terguris dengan keceluparan Eric Paulsen, beliau mendesak Saifuddin supaya menarik semula pelantikan berkenaan dan menggantikan dengan individu yang lebih berkemampuan serta profesional.

Lukman berkata  Eric Paulsen sering mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan amat tidak profesional, contohnya menuduh JAKIM menyebarkan fahaman ekstremis melalui khutbah Jumaat.

BACA:Kenyataan Eric Paulsen mengenai Khutbah Jumaat bangkit kemarahan umat Islam

“Beliau juga memperlekehkan aurat wanita yang disyariatkan oleh Islam dan mempersendakan pemakaian burqa oleh wanita Islam di Eropah (yang diharamkan oleh kerajaan Denmark).

“Adalah amat ironik, beliau seorang peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia tetapi menghentam hak setiap umat Islam yang merdeka di Malaysia sebagai tanah air sendiri untuk mengamalkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama yang paling dominan di tanah bertuah ini,” katanya kepada Ismaweb.net.

Saifuddin pernah melantik Eric Paulsen menjadi wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021 di bawah beliau ketika menjadi Menteri Luar Negeri sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Pelantikan itu pernah mendapat tentangan dan bantahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan melalui kenyataan pada 14 dan 15 Januari 2019. – Ismaweb

Hina Khutbah Jumaat: Eric Paulsen ditahan polis (video)

Hina Khutbah Jumaat: Eric Paulsen ditahan polis (video)

Peguam Dakwa Jakim Sebar Fahaman Ekstremisme Disiasat Polis

Peguam Dakwa Jakim Sebar Fahaman Ekstremisme Disiasat Polis

https://pakdin.my/tag/eric-paulsen/

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan