Desakan ahli parlimen DAP, bahaya akidah umat Islam

UMMAH KEDAH menentang keras tindakan Ahli Parlimen DAP, P Kasthuriraani yang mendesak kerajaan baharu PH meratifikasi deklarasi – ‘United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief’, iaitu bertujuan memberi hak kepada semua manusia untuk mengamalkan dan menukar agama mereka tanpa boleh di ambil tindakan oleh sesiapa maupun undang-undang.

Menurut Salamiah Md Nasir, Ketua Penerangan UMMAH Kedah, desakan Ahli Parlimen Batu Kawan (DAP) telah melampuai batas dan ia perlu ditentang habis-habisan oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, UMMAH Kedah memandang serius desakan MP tersebut kerana ia secara jelas memberi kebebasan murtad berlaku di Malaysia tanpa boleh dihalang oleh seseorang, sekaligus boleh mengubah struktur undang-undang Islam dan kuasa Mahkamah Syariah secara menyeluruh kerana ia melibat asas kepada agama itu sendiri.

Jika difahami secara harfiah deklarasi PBB yang ingin ditegakkan tersebut ialah semua ‘agama dan kepercayaan’ bebas diamalkan, ia adalah hak mutlak individu yang perlu dihormati tanpa adanya halangan maupun atas nama perundang. Ia juga terangkum di atas nama hak asasi manusia.

Salamiah menambah, desakan Ahli Parlimen DAP tersebut selari dengan perancangan NGO COMANGO yang aktif dapatkan sokongan peringkat antarabangsa bagi menekan kerajaan Malaysia bagi tujuan ratifikasi deklarasi melalui proses UPR ke atas Malaysia di Geneva.

“UMMAH Kedah melihat wujudnya jaringan erat antara mereka (Ahli Parlimen dan NGO COMANGO) ketika ini membuat desakan ke atas pemerintah bagi tujuan memberi keizinan murtad di negara ini, ujarnya lagi.

“Umat Islam harus sedar bahawa musuh-musuh Islam yang bertopeng di atas wajah ahli politik maupun NGO semakin berani mencabar dan menggugat kedudukan Islam kerana mereka lihat umat Islam telah berpecah, di samping terdapat segolongan umat Islam yang mendukong fahaman Islam Liberal, ujar Salamiah lagi.

Natijah dari pegangan fahaman Islam Liberal tersebut telah membuka pintu kepada musuh Islam berani menuntut hak-hak yang menggugat kedudukan dan kedaulatan Islam dalam negara ketika ini.

Di mana, perjuangan golongan Islam Liberal ini ialah menyokong memperjuangkan hak untuk murtad, hak untuk menyebarkan ajaran sesat, hak untuk menyalahgunakan nama Allah, hak untuk mengkristiankan orang Islam, hak untuk mengamalkan LGBT, atas nama kebebasan beragama dan kebebasan individu.

Justeru, UMMAH Kedah ingin mengajak seluruh lapisan rakyat beragama Islam di negara ini supaya bangkit membuat bantahan keras kepada mana-mana pihak yang ingin menggugat kedudukan dan kedaulatan Islam di Malaysia.

Berkaitan:
DAP syor kerajaan henti tangkap penganut Syiah, Ahmadiyah dan sebagainya
https://pakdin.my/video-dap-syor-kerajaan-henti-tangkap-penganut-syiah-imamiyyah-dan-sebagainya/

Ucapan Mahathir di UNGA dan hak asasi manusia
https://pakdin.my/ucapan-mahathir-di-unga-dan-hak-asasi-manusia/

LIHAT video:
https://youtu.be/NvIdiEL4p-Q