29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Devamany Sedia Letak Jawatan Jika 300,000 India Terbukti Tiada Dokumen Sah

stateless indian kononnyaGEORGE TOWN: Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany sedia meletak jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja bermain dengan angka yang tidak wujud serta fakta palsu bagi mengelirukan rakyat dan menyemarakkan rasa benci mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini, Ahad.

Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas.

Beliau berkata jika pakatan pembangkang ikhlas membantu, isu itu sepatutnya dibawa ke saluran yang betul dan dibincang bersama pemimpin MIC untuk diselesaikan secara muafakat.

Devamany, yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, turut membidas kenyataan Surendran baru-baru ini bahawa 70 peratus masyarakat India berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan isi rumah purata RM700 sebulan.

Beliau melihat kenyataan itu satu tuduhan liar bermotif politik bagi meraih sokongan rakyat.

“Ia bermakna 1.4 juta masyarakat India di negara ini berada di bawah paras kemiskinan. Saya minta pemimpin pembangkang cakaplah perkara yang benar. Kita berpolitik bukan kerana hendak menang sahaja tetapi mahu membangunkan rakyat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan BN sentiasa membela kepentingan kaum India dengan melaksana pelbagai program transformasi bagi membantu melonjakkan pencapaian kaum tersebut di negara ini






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan