Devamany Timbalan Presiden baharu MIC

Berkaitan

Terkini

Datuk T. Mohan, Datuk S. A Vigneswaran dan Datuk Jaspal Singh menang jawatan Naib Presiden

SK-Devamany

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S. K Devamany diumumkan sebagai Timbalan Presiden baharu MIC pada pemilihan semula parti bagi penggal 2013-2016 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, hari ini.

Beliau menewaskan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dengan perbezaan 17 undi selepas mendapat undian sebanyak 698 berbanding Saravanan yang memperoleh 681.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Semula parti, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada pukul 3.45 petang.

Bagi jawatan Naib Presiden pula dimenangi oleh Datuk T. Mohan, Datuk S. A Vigneswaran dan Datuk Jaspal Singh.

Leave a Reply