Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Global

All countries
245,743,769
Confirmed
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
221,005,404
Recovered
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am
All countries
4,987,115
Deaths
Updated on October 28, 2021 08:38 8:38 am

Dewan Rakyat Lulus Usul Tubuh PSC Lynas

Persidangan Dewan Rakyat Selasa meluluskan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), yang bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek itu.

Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pagi ini dipersetujui melalui pungutan suara, walaupun pembangkang berterusan membantah, dengan ada wakilnya yang keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui.

Pembangkang sebelum itu mendesak kerajaan memberi jaminan supaya lesen beroperasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk operasi LAMP di Gebeng, Pahang, ditarik balik, dan semua aktiviti di kilang itu dihentikan dalam tempoh tiga bulan pelantikan jawatankuasa itu, sebagai syarat sokongan mereka.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika membahaskan usul itu berkata, pelantikan jawatankuasa khas itu tidak ada nilai jika operasi kilang Lynas tetap diteruskan sebelum sebarang kajian dilaksanakan.

“Kalau hendak buktikan keikhlasan untuk teliti isu Lynas dengan penubuhan jawatankuasa ini, kerajaan mesti tarik balik lesen operasi sementara dan halang aktiviti dan kerja pembinaan di kilang Lynas supaya kita boleh dengar dulu pandangan pakar dan syor yang akan dibuat oleh jawatankuasa ini,” katanya.

Mohamed Nazri semasa menggulung perbahasan mengenai usul itu berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu tidak terlambat walaupun TOL telahpun dikeluarkan.

“Belum terlewat untuk lantik Jawatankuasa Pilihan Khas untuk bincang perkara ini. Kita tidak kata ‘concern’ (bimbang) mereka itu tidak penting, malah kerana rasa concern itu penting dan jawapan tepat berdasarkan pandangan pakar perlu diberikan, maka kita cadang wujudkan jawatankuasa ini,” katanya.

Beliau berkata segala apa isu yang dibangkit oleh wakil pembangkang boleh dikemukan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas itu.

Mohamed Nazri turut membidas pembangkang yang cuba memutar-belit kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini, bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas itu bertujuan membetulkan salah tanggapan masyarakat berhubung isu projek Lynas.

“Dalam BN kita tidak ada ‘gag order’ (arahan tutup mulut). Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana pemimpin hendak cakap jawatankuasa ini diharap dapat betulkan persepsi masyarakat, dia boleh bercakap sebab itu pandangan dia.

“Tetapi yang penting ialah apa yang terkandung di dalam usul yang saya bentang hari ini. Yang Berhormat tunjuk di mana dalam usul saya ada dinyatakan jawatankuasa ini bertujuan membetulkan pandangan dan putar belit mengenai Lynas. Kalau tidak ada toksah la dok kait benda-benda lain, baca apa yang ada di dalam usul ini sahaja,” tegasnya.

Menjawab soalan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau), Mohamed Nazri berkata, usul itu tidak menjejaskan atau subjudis kepada kes mahkamah bersabit projek berkenaan.

Pada Februari lepas, 10 penduduk tempatan memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) memberi lesen sementara kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk pengoperasian LAMP kecuali atau sehinggalah syarikat itu mengemukakan laporan penilaian terperinci tentang kesan loji berkenaan terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar dan sehinggalah laporan itu diluluskan.

“Kalau ada pihak yang merasakan usul ini menimbulkan subjudis pada kes mahkamah itu, terpulang kepada pihak yang berkepentingan untuk membuat aplikasi di mahkamah,” katanya merujuk kes itu yang belum selesai.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP itu terdiri daripada sembilan anggota Dewan Rakyat, iaitu lima anggota daripada Barisan Nasional (termasuk seorang menteri sebagai Pengerusi), tiga anggota daripada pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Tempoh masa pelantikan jawatankuasa tersebut adalah selama tiga bulan, dan jawatankuasa itu bertanggungjawab menyiapkan dan membentangkan penyatanya yang mengandungi syor-syor berkaitan dan dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk dipersetujui.

Jika jawatankuasa itu tidak dapat melaksanakan tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara itu hendaklah dibawa semula ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan pelanjutan tempoh pelantikan.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021