24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Dewan Rakyat: Sebanyak 32 Peratus Kawasan Dalam Negara Telah Diliputi 4G

U-Mobile-LTE-Test-02

Sebanyak 32 peratus kawasan dalam negara khususnya di bandar-bandar besar telah diliputi teknologi 4G, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia adalah antara negara ASEAN terpantas melaksanakan teknologi terkini dengan pelaksanaan 4G sejak awal 2013.

“Kalau nak kata kita terlalu cepat berbanding Korea, mungkin kita ke belakang. Tetapi dalam kalangan negara-negara Asean, kita antara yang tercepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya, di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata di Indonesia misalnya, lesen 4G baru sahaja diberikan kepada negara itu pada akhir tahun lepas.

Sementara itu, Senator Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah ketika mencelah sesi penggulungan itu membangkitkan mengenai ketegasan beberapa negara termasuk China, yang melarang penggunaan laman sosial Facebook.


Beliau mencadangkan Malaysia melakukan perkara yang serupa demi kepentingan rakyat.

Ahmad Shabery berkata sehingga kini kerajaan belum bersedia berbuat demikian kerana ia melibatkan keputusan yang besar.

“Akaun Facebook ada 15 juta dan 15 juta itu tidak semua cakap negatif. Ada yang berhubung dengan keluarga dan membuat perniagaan,” katanya.

Mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), beliau percaya rakyat semakin memahami pelaksanaan cukai itu dengan penerangan yang giat dijalankan media massa dan pelbagai saluran lain.

Katanya terdapat negara yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menjelaskan sistem percukaian itu sedangkan Malaysia baru sahaja melaksanakannya 1 April lepas.

Persidangan dewan bersambung esok.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...