Dewan Selangor Tegang Seketika Di Akhir Penggulungan Ucapan Bajet 2013 - pakdin.my

Sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Khamis tegang seketika selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Taman Templer Datuk Subahan Kamal membidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa beliau menggulung perbahasan ucapan Bajet 2013.

Subahan berkata beliau tidak memahami dan bingung dengan penerangan Abdul Khalid mengenai belanjawan itu.

“Saya makin lama makin bingung kerana saya tidak faham apa Menteri Besar dok cakap. Ini kursus kira-kira, accounting… ini kursus di UiTM atau nak bentangkan bajet?.

“Tapi bila menjawab tu, biarlah menjawab terus kepada persoalan yang dibangkitkan bukan pusing satu dunia sampai ke Afrika sampai ke Amerika,” katanya menyebabkan Speaker Datuk Teng Chang Khim meminta Subahan menarik balik perkataan bingung kerana ia bersangka jahat.

Subahan menjawab beliau tiada masalah untuk menarik balik perkataan itu dan menyatakan bahawa Menteri Besar faham maksud beliau.

UTAMAPOLITIKDewan Selangor Tegang Seketika Di Akhir Penggulungan Ucapan Bajet 2013

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium