Di mana perginya kutipan duit GST? - pakdin.my

Soalan Lazim GST (bahagian 4)

S5. Adakah kerajaan menggunakan wang GST untuk menyelamatkan 1MDB/kerajaan/salah urus/rasuah dan lain-lain?

Jawapan: Sebagaimana yang dijawab pada soalan ke-3. GST tidak boleh dianggap sebagai cukai tambahan tetapi harus dilihat sebagai satu transformasi percukaian yang memberikan manfaat yang meluas bagi meningkatkan daya saing negara, mengurangkan kebocoran subsidi terlindung, mengurangkan pergantungan negara terhadap petroleum, mengurangkan pengelakan cukai, mengurangkan jurang pendapatan serta memastikan bantuan yang sewajarnya hanya diberikan kepada golongan yang memerlukan dan bukannya kepada orang kaya.

Sebagai persediaan untuk melaksanakan GST, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% manakala cukai pendapatan peribadi juga disusun semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%.

Kumpulan berpendapatan rendah juga dikecualikan untuk membayar sebarang cukai pendapatan peribadi.

Disamping itu, cukai jualan yang bernilai sehingga 20% serta cukai perkhidmatan sebanyak 6% juga dimansuhkan, manakala BR1M diperkenal serta dinaikkan.

Orang ramai hanya melihat GST tetapi terlupa perngurangan cukai, pemansuhan cukai, pengurangan hasil petroleum serta peningkatan bayaran BR1M kerana GST.

Sebagaimana yang anda lihat melalui jadual tersebut dan mengambil kira kerugian akibat kejatuhan 80% harga minyak dunia sejak 2014, kesan keseluruhan atas perubahan serta pembayaran yang perlu dilakukan kerajaan adalah menghampiri kadar neutral atau negatif.

Anehnya, ahli politik Pakatan sering menyebut jumlah kutipan GST sebanyak RM40 bilion, namun tidak menyentuh kerugian hasil petroleum RM40 bilion, kerugian RM10 bilion hasil dari pengurangan cukai pendapatan korporat dan peribadi, kerugian RM18 bilion dari cukai jualan dan servis mahupun RM7 bilion yang dibayar melalui BR1M.

Walaupun ada pertumbuhan KDNK positif berterusan, perubahan ini merupakan sebab mengapa jumlah pendapatan tahunan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 berada dalam lingkungan RM220 bilion hingga RM230 bilion – hampir sama dengan hasil RM220 bilion yang dikutip kerajaan pada tahun 2014 sebelum GST dilaksanakan.

Memandangkan jumlah pendapatan kerajaan tetap sama, persoalan GST dijadikan wang tambahan untuk menyelamatkan apa-apa perkara tidak seharusnya timbul sama sekali.
——

S6. Kerajaan tidak telus dalam menunjukkan bagaimana wang GST dibelanjakan.

Jawapan: Hasil GST dianggap sama seperti mana-mana kutipan lain kerjaan termasuk cukai korporat, cukai pendapatan, duti, pendapatan petroleum, dividen yang diterima – ini bermaksud ia diletakkan di dalam dana yang disatukan kerajaan.

Pendapatan GST tidak diasingkan dan tidak dibelanjakan secara berasingan.

Bagaimana kerajaan membelanjakan dana yang telah disatukan (termasuk hasil GST) itu diperincikan setiap tahun di dalam belanjawan dan diaudit oleh Ketua Audit negara.

https://4.bp.blogspot.com/-Vd9hQPrcOi8/WnJ6ZckPlLI/AAAAAAAAIYs/7y-WfIhwY6UGiQv5pis3UYqFlH6G2pXewCLcBGAs/s1600/20180201-hasil-gst.jpg

‘RM40b in oil revenue loss 2016’
https://www.nst.com.my/news/2016/02/127490/rm40b-oil-revenue-loss-2016

Bahagian 1: https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1827394583939592

Bahagian 2: https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1827415907270793

Bahagian 3: https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1827541757258208

UTAMAEKONOMIDi mana perginya kutipan duit GST?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium